Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 28, 2018 @ 10:00am

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Di sesetengah negara Asia seperti Thailand dan China, orang-orang tempatannya memakan serangga macam makan kacang putih. Eeee!

Bagi kita yang tak biasa, memanglah geli tapi bagi mereka, serangga seperti belalang, cengkerik dan cacing ‘mealworm’ dianggap sebagai snek yang sihat.

Bukan semua jenis serangga boleh dimakan tau! Jangan main tangkap saja mana-mana serangga yang anda nampak dan makan. Ada jenis-jenis yang selamat untuk dimakan.

Dan tahukah anda? Sekarang ini sudah ada 2 bilion orang di serata dunia (bukan di China atau Thailand saja!) yang telah menambahkan serangga ke dalam menu harian mereka.

Tengoklah, pelakon Australia terkenal Nicole Kidman pun minat!

via GIPHY

Kerana adanya permintaan tinggi, kini juga dah ada industri penternakan serangga khas yang mengeluarkan serangga yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Rupa-rupanya, memakan serangga ini banyak faedahnya. Di bawah ini adalah 3 kebaikan utamanya.

1. Serangga kaya dengan nutrisi penting

Foto: Lifesum

“Edible insects (serangga yang selamat untuk dimakan) bukan saja berjumlah besar, tapi mereka juga menjimatkan dan berguna untuk kesihatan si pemakan,” kata pakar diet Kajsa Ernestam.

“Serangga adalah kaya dengan nutrisi (seperti vitamin B12, zat besi, manganese dan kalsium) tapi rendah kalori, dan mereka boleh membantu melawan obesiti dan penyakit berkaitan.”

Vitamin B12 membantu menyihatkan tulang dan meningkatkan tenaga; zat besi adalah penting dalam pembentukan sel darah merah; manganese menolong mengimbangkan sistem saraf dan otak; manakala kalsium menguatkan tulang.

Menurut presiden Entomo Farms Jarrod Goldin, serat prebiotic dalam serangga memberi kebaikan kepada penghadaman dan kesihatan usus.

2. Ia bagus untuk alam sekitar

Foto: Inhabitat

Kini, penternakan tradisional menyumbang kepada 18% daripada pengeluaran gas rumah hijau. Kita perlu kurangkan pengeluaran gas ini terutamanya di negara-negara maju sekurang-kurangnya sebanyak 80% supaya peningkatan purata suhu dunia kekal di bawah 2 darjah Celcius.

Selain itu, perubahan cuaca juga telah mengganggu penghasilan makanan. Suhu yang meningkat lebih banyak menjejaskan kawasan-kawasan kering, dan akibatnya susah untuk penduduk menanam sayuran dan menternak binatang.

Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan serangga mengeluarkan 100 kali lebih kurang gas rumah hijau.

Serangga juga boleh membiak dengan cepat. Seekor cengkerik boleh menetas 1,500 telur dalam masa tiga ke empat minggu. Ini adalah kadar yang lagi cepat daripada menternak lembu.

3. Anda tak perlu makan seekor-seekor

Foto: Sathaporn Muangngam / Shutterstock

Jika anda tak tahan dengan idea memakan serangga, mungkin anda boleh cuba makan dalam bentuk serbuk. Sama saja nilai nutrisinya, jadi ia serupa makan protein powder.

Ia juga datang dalam bentuk tepung yang anda boleh gunakan untuk buat kek. Jika anda tak geli, cara mudah untuk memperkenalkan serangga ke dalam diet anda adalah dengan membuat pizza dan taburkan serbuk serangga di atasnya. Selain itu anda boleh campurkannya ke dalam smoothie buah-buahan.

Foto: www.smallstockfoods.com

Amacam? Anda sanggup tak?

Rasa geli adalah cabaran terbesar dalam menggalakkan orang ramai memakan serangga dengan rela hati. Mungkin jika hidangannya nampak sedap, mereka akan rasa teringin untuk cuba.

Apa-apa pun, memang dah terbukti yang serangga bukan saja memberi manfaat kepada kesihatan kita, tapi juga kesihatan Bumi.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Wed, 20 Oct 2021

Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti. Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama […]

Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Featured Mon, 22 Jun 2020

Merkuri dikesan dalam 3 produk penjagaan kecantikan buatan tempatan

Pengguna boleh alami kerosakan buah pinggang

Featured Wed, 22 Apr 2026

Syed Saddiq Enggan Bella Terlibat Dalam Politik, Mahu Dorong Jadi Wanita Bekerjaya  – “Kalau Dia Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan beberapa realiti sebenar dunia politik yang tidaklah mewah seperti yang disangka ramai orang.

Featured Sun, 7 Aug 2022
Featured Tue, 11 Jan 2022

Selamat Ulang Tahun! Rai Hari Jadi Siti Nurhaliza Bersama Stesen Radio Tempatan

Hari ini, 11 Januari merupakan hari ulang tahun penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-43. Bersempena dengan hari jadi Siti, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, Cats FM, Gegar, ERA, […]

error: Content is protected !!