Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin June 5, 2018 @ 1:02pm

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Untuk pengetahuan anda, sakit apendiks boleh dikatakan sama seperti sakit perut biasa tapi anda perlu berhati-hati jika ia mula makin melarat.

Kedudukan apendiks terletak pada hujung usus besar dan kecil. Apabila sakit apendiks ini menyerang, anda tidak boleh mengambil ubat-ubatan biasa yang dijual di farmasi, sebaliknya ia memerlukan rawatan penuh di hospital.

Paling ngeri jika apendiks itu pecah. Ia akan membahayakan nyawa anda!

Jom kita ketahui tanda-tanda sakit apendiks ini yang mungkin akan berlaku tanpa anda sedar.

1. Sakit pada bahagian abdomen

Foto: myDr

Anda akan berasa sakit yang pedih dan terasa bengkak pada bahagian bawah kanan perut. Jika anda menggeliat, berjalan dan duduk, anda akan rasa tidak selesa. Malah, sakit tersebut boleh menular ke bahagian belakang badan dan pelvis. Untuk pengetahuan anda, rasa sakit tersebut akan datang secara berterusan sehingga mengganggu aktiviti seharian anda.

2. Loya, muntah dan hilang selera makan

Foto: Babyment.com

Simptom kedua ini sama seperti jika anda mengalami keracunan makanan. Apabila apendiks menyerang ia boleh menyebabkan anda hilang selera makan dan memberi impak kepada sistem saraf. Secara tidak langsung juga, anda akan terasa loya dan ingin muntah. Rasa ketidakselesaan ini adalah disebabkan oleh apendiks anda yang terkena jangkitan dan berlarutan hingga meradang.

3. Demam

Foto: Medical News Today

Tanpa rasa sakit tekak, batuk atau selesema, tiba-tiba anda terkena demam. Apendiks yang terkena jangkitan boleh menyerang sistem imunisasi badan dan menyebabkan anda demam dengan suhu badan sebanyak 37 dan 38 darjah Celcius.

Apabila anda mengalami semua tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor.

Biasanya, doktor akan memberi suntikan antibiotik sebagai pencegahan atau pembedahan kecemasan. Jadi berhati-hati dan sentiasa peka dengan penyakit yang menyerang anda.

Sumber: Prevention, Healthline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Sihat Wed, 5 Sep 2018

Anti Vaksin? Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Featured Sat, 28 Mar 2020

Rumah juga perlu dinyah kuman

Ikuti panduan mudah ini

Featured Mon, 5 Nov 2018

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Cuba menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Featured Tue, 14 Jan 2020
Sihat Fri, 14 Dec 2018

Hati-Hati Jika Anda Mengalami 5 Tanda Ini, Anda Mungkin Mempunyai Cyst!

Terasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin, antara petanda kewujudan cyst ovari.

error: Content is protected !!