Euforia Bola 2026
Acara By: Padin April 8, 2022 @ 11:33am

4 Usahawan OKU Dinobat SAY LEAD Dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor

Empat usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.

Perniagaan Putu Piring Warisan Nenek yang menjana pendapatan RM30,000 sebulan dijalankan Yusairi Hafiz Tajudin, 31, seorang OKU kategori fizikal (urat saraf tangan dan kaki kanan) telah dinobatkan sebagai pemenang pertama.

Faizul Ahmad Zuki, seorang OKU penglihatan (buta mata sebelah kanan), 39, yang menjalankan perniagaan mencuci kapet di Rawang, Selangor telah memenangi tempat kedua manakala Nooraihan Che Li, 41, yang menjalankan perniagaan menjual alat perkakasan rumah e-dagang adalah OKU berkerusi roda dan menerima hadiah tempat ketiga liga.

Dalam pada itu, Linges Warry Apparao, 23, belia OKU yang menggunakan alat bantuan pernafasan sejak 15 tahun lalu itu menerima anugerah usahawan OKU harapan kerana membangunkan perniagaannya menjual produk kosmetik.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh Raja Muda Selangor dan Program Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.

Liga ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang diterajui oleh Exco Keusahawanan Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Kriteria pemilihan peserta adalah peserta yang lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya lima tahun, berusia dari 18 tahun hingga 40 tahun, merupakan pemegang kad OKU yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan.

Program SAY LEAD telah berjalan sejak September 2021 dan seramai 20 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan yang merangkumi profil keusahawanan, business model canvas, pengurusan kewangan, branding, jualan dan pemasaran, digitalisasi perniagaan, lawatan ke tapak premis usahawan, bengkel bisnes profil & pitching dan perkongsian bersama agensi kerajaan.

Setiap dua minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka. Setiap peserta juga dibimbing oleh para jurulatih pakar perniagaan dan mentor-mentor daripada pembimbing dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA untuk memastikan objektif pemahaman dan praktikaliti mereka dalam menerapkan pengetahuan yang diberikan tercapai.

Sebelum itu, 10 usahawan OKU yang mendapat tempat 10 teratas telah dipilih dan layak membuat pembentangan di hadapan para juri iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Exco Keusahawanan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Suriani Datuk Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas dan Pensyarah Kanan Program Sosial & Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Aizan Sofia Amin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 18 Jun 2020

Piza Nasi Lemak, cita rasa unik terbaharu daripada Pizza Hut

Kombinasi harmoni piza dan nasi lemak mesti cuba!

Acara Wed, 13 May 2020
Acara Mon, 8 Oct 2018

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Bintang Paling Popular membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Acara Wed, 22 Jan 2020
Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Acara Fri, 5 Dec 2025

Affiliate Jadi Pintu Rezeki Baharu Wanita Asnaf Jana Pendapatan

Semakin ramai wanita membuktikan mereka mampu menjana pendapatan sendiri.

Acara Sun, 12 Aug 2018

10 Lokasi Route Basikal Popular & Selamat Yang Wajib Anda Explore. Jom Kayuh!

Tiada lagi kekangan untuk anda melakukan aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.

error: Content is protected !!