Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 19, 2018 @ 12:30pm

5 Makanan Berkalori Tinggi Yang Sebenarnya Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Dari dulu lagi, usaha untuk kuruskan badan mesti dikaitkan dengan pemakanan rendah kalori. Tapi sebenarnya, kalau anda mengira kalori memanjang, tak bagus juga.

Yalah, banyak makanan yang dilabel sebagai rendah kalori sebenarnya tak syok nak makan, kan? Jadi memang susah untuk kita maintain rutin gaya pemakanan sebegini sepanjang masa.

Lagipun, banyak jenis makan ini sebenarnya kurang nutrisi dan tak elok untuk kesihatan dalam jangka masa panjang.

Tahukah anda? Makanan yang berkalori tinggi tak semestinya tak menyihatkan. Untuk sesetengah daripadanya, ia tinggi sebab ada nutrien. Ia juga lebih mengenyangkan jadi anda takkan rasa nak makan snek selalu.

Makanan-makanan yang tersenarai di bawah ini secara amnya berkalori tinggi, dan jika anda nak kuruskan badan, anda selalu dinasihati untuk jangan makan. Sebenarnya, ia boleh membantu, ya!

Telur kuning

Kasihan pada telur kuning. Ramai orang tak nak makan sebab katanya ia penuh dengan kolesterol.

Ia mempunyai 55 kalori (berbanding dengan telur putih yang hanya ada 17 kalori) kerana di situlah tempatnya kesemua nutrisi dalam telur!

Telur kuning mengandungi vitamin B12, fosforus, zat besi, folate dan lutein. Sesetengah daripada telur ini vitamin dan mineral ini susah untuk dijumpai dalam makanan lain.

Lagipun, telur kaya dengan gabungan protein dan lemak, jadi ia lebih mengenyangkan. Sebiji telur hanya ada 0.56 gram gula, jadi ia takkan meningkatkan kandungan insulin dalam darah dan menyebabkan anda untuk rasa lapar kemudian.

Avokado

Foto: NatashaPhoto/iStock

Golongan millennial di Amerika sekarang suka sangat dengan bahan makanan ini. Ia berkalori dan berlemak tinggi. Tapi ia pecahan kandungan gula dan proteinnya membuatkan avokado sejenis makanan diet yang bagus.

Ia mengandungi potasium yang tinggi, yang boleh mengurangkan kekembungan. Selain mengenyangkan, kandungan lemaknya juga boleh bantu melawan sakit jantung dan kolesterol teruk.

Minyak dan mentega

Makanan yang digoreng dalam minyak meningkatkan potensi untuk mendapat penyakit kencing manis, peningkatan berat badan dan lain-lain, menurut sebuah kajian oleh Harvard University.

Tapi ada bukti yang menunjukkan kesan positif apabila seseorang itu menambahkan minyak dan mentega ke dalam makanan mereka.

Sebuah kajian menyatakan yang jika anda nak tambahkan mentega atau minyak ke dalam diet anda, seelok-eloknya gunakan minyak MCT (medium-chain triglyceride oil).

Ia boleh membakar lemak dan lebih memuaskan daripada minyak kelapa atau sayur. Penggunanya melaporkan dia selama 3 jam lebih daripada minyak biasa.

Tenusu penuh lemak

Foto: iStock

Bukan semua orang boleh menikmati dairy (tenusu). Ada saintis mengatakan anda tak perlukannya untuk diet yang seimbang, tapi ada juga yang kata diet yang kaya dengan keju boleh bantu turunkan berat badan. Kalau anda nak masukkan dairy ke dalam diet anda, pastikan ia full-fat.

Orang mungkin ingat susu skim lagi bagus, tapi kajian menunjukkan, penggunaan susu full-fat boleh mengakibatkan kadar obesiti yang rendah.

Susu rendah lemak pula telah dikaitkan dengan berat badan yang meningkat atau yang tak bergerak langsung.

Kekacang

Ini juga mengandungi kalori yang tinggi tapi ia mengenyangkan. Ini bukan hanya disebabkan oleh kandungan protein, lemak dan seratnya, tapi kerana teksturnya.

Betapa rangupnya kacang ini boleh menghantar signal ke otak anda yang mengatakan anda dah kenyang.

Kekacang juga telah dikaitkan dengan risiko rendah terhadap penyakit jantung.

Tip!

Walau bagaimanapun, sentiasa ingat yang bukan semua makanan berkalori tinggi sama fungsinya terhadap penurunan berat badan.

Ada sebabnya bahan makanan di dalam senarai ini jarang dimakan lebih: mereka sangat mengenyangkan. Macam donat atau cheeseburger. Kalori tingginya, kan? Takkan nak makan banyak-banyak?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tangani dengan berkesan sebelum lebih teruk

Featured Mon, 26 Nov 2018

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Maklumat yang anda dapat mungkin hanya mitos semata!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Featured Thu, 19 Dec 2019

Ambil madu setiap pagi bantu turunkan berat badan? Ini caranya

Kajian UMT bukti madu penawar segala penyakit

Sihat Fri, 7 Sep 2018

Doktor Ini Terangkan Tentang Jenis-Jenis Sayuran Anti Kanser

Sayuran hijau antara yang terbaik untuk melawan kanser.

Sihat Tue, 10 Jul 2018

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Lagi tinggi metabolisme, lagi bagus. Tak perlu bersenam pun!

Featured Sat, 11 Apr 2020

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

Berpandukan sifir sihat, anda selamat

error: Content is protected !!