Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops January 15, 2018 @ 10:24am

5 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Ada Shawl Berbulu!

Dunia fesyen dikejutkan dengan kehadiran gaya tudung perincian bulu menggantikan sekuin atau ruffle seperti sebelum ini. Namun, sebelum mendapatkan sehelai shawl dengan perincian sebegini, berbaloikah shawl itu dengan wang yang dibelanjakan?

1. Bermusim, one day in, next day, out!

Fesyen adalah segalanya tentang kitaran. Namun boleh dijamin fesyen dengan efek bulu ini tidak akan bertahan lama relevannya. Lambat–laun trend ini akan dilupakan begitu sahaja, percayalah.

2. Too bold

Hakikat stail dengan efek yang diperkenalkan satu jenama tudung sebelum ditiru pelbagai jenama lain ini sesuatu yang bold, tidak mampu disangkal lagi. Tidak semua wanita boleh pull this look, seperti yang dilihat di Instagram.

3. Penjagaan rapi

Untuk sehelai tudung, agak renyah sebenarnya memastikan tekstur bulu pelepah kekal terjaga gebu dan tidak rosak. Mungkin anda memerlukan khidmat cucian kering untuk ini. Jadi, a big no no untuk kebaikan poket anda.

4. Bukan untuk semua

Hakikat yang perlu anda terima, gaya yang dikenakan girl crush anda tidak semestinya akan turut sesuai untuk anda. Stail peribadi, bentuk muka, pemilihan total look dan pelbagai aspek lain akan menentukan kesuaian dengan anda.

Kredit gambar : https://my.carousell.com

5. Bulu? Malaysia? Seriously.

Jika di Barat, efek bulu selalu disinonimkan dengan musim luruh atau sejuk, namun kita tidak punya musim sebegitu di sini. Adalah tidak relevan menggayakan fesyen berkenaan, melainkan untuk penggambaran editorial atau parti bertema sahaja!

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Oct 2023
Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Trending Fri, 23 Apr 2021

Khai Bahar Cerita Kisah Cinta Penuh Dugaan

Penyanyi Khai Bahar menceritakan kisah cinta penuh dugaan menerusi lagu terbarunya yang berjudul Hilang Gelita. Diterbitkan syarikat rakaman 17 Eleven Music, single terbabit dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi yang bakal di tayangkan di […]

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Trending Sun, 21 Oct 2018

「大尺码」迪士尼公主的内衣时尚

我肉我骄傲!近年来越来越多服装品牌找大尺码模特代言,希望消除社会对肥胖女孩的歧视,即使胖胖的还是能穿短裤、露肚子,展现自信美。

Featured Thu, 17 Jul 2025

Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, 8 Finalis Bakal ‘Terbang’ Ke Korea Selatan

Asian Pop Stars (APS) 2025 bakal mencipta fenomena lahirkan bintang bertaraf dunia.

Trending Thu, 1 Jul 2021

Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

Pelakon Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan atau ‘rider’. Aktif melakukan kerja kebajikan, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat […]

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Ini Kakak Kami!” – Siti Nordiana Pertahankan Nubhan Didakwa Bercinta Dengan ‘Makcik’

Terdahulu, perkongsian foto percutian oleh Nubhan bersama wanita berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

error: Content is protected !!