Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops October 4, 2018 @ 9:00am

5 Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Supaya Lebih Aktif Dari Segi Kesihatan Fizikal

Untuk kebanyakan ibu bapa, misi terbesar mereka adalah untuk membesarkan anak-anak yang cerdik, cergas, berjaya dan gembira.

Sesiapa yang ada anak memang akan tahu yang ia merupakan sebuah perjuangan yang mencabar. Bukannya ada buku manual yang kita boleh rujuk!

Tugas ibu bapa sememangnya dah rumit, tapi pada masa kini ia bertambah mencabar dengan adanya isu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Antara punca terbesarnya adalah kemudahan makanan segera dan perkembangan teknologi yang menyumbang kepada gaya hidup yang tidak aktif dan ketidakseimbangan tenaga.

Walaupun kita juga boleh salahkan genetic dan metabolisme (secara semula jadi kadarnya adalah rendah dalam sesetengah kanak-kanak), ada dua faktor risiko di mana ibu bapa boleh kawal: diet dan aktiviti fizikal.

Anak-anak kita melihat kita sebagai contoh kepada bagaimana untuk hidup, jadi kita patut mengajar mereka tentang kepentingan diet sihat dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang kerap dari usia muda.

Impaknya adalah berat badan yang sihat, otot dan tulang yang kuat, pengurangan risiko obesiti dan kencing manis, pengalaman tidur yang lebih bagus serta mindset yang lebih yakin dan gembira dalam hidup. Kanak-kanak yang aktif juga akan menjadi lebih fokus dalam pelajaran di sekolah!

Di sini ada 5 tip untuk menggalakkan anak anda melibatkan diri dalam aktiviti fizikal:

1. Tak perlu ikut sangat peraturan permainan

Dengan membiarkan anak kecil bermain sesuka hati, mereka akan lebih enjoy. Kadangkala kalau anda tegas sangat dengan peraturan permainan itu, ada kemungkinan dia akan rasa nak quit.

Budak kecil takkan libatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang tak seronok. Biar mereka pilih aktiviti apa yang mereka nak join. Lama-lama (walaupun mereka tak ikut peraturan), kemahiran mereka akan bertambah baik. Nanti dia akan menjadi lebih yakin untuk teruskan bermain atau cuba aktiviti lain.

Selagi mereka berlari, melompat atau bergerak, mereka menerima kebaikan daripada senaman sihat yang mereka perlukan. Jadi benarkan mereka untuk berseronok juga, tapi pada masa yang sama, jaga keselamatan mereka.

2. Pilih aktiviti yang sesuai dengan umur dan kepakaran si kecil

Perkara penting yang anda perlu ikut adalah memastikan anak anda pilih sesuatu aktiviti yang paling sesuai untuknya. Jika tak, mereka akan rasa bosan, hilang minat atau kecewa apabila mendapati mereka tak boleh melakukan apa yang diminta. Setelah dia jumpa sesuatu yang okay untuknya, minat dan komitmen akan menyusul.

Foto: WakeMed Voices

3. Jadikan aktiviti kecergasan sesuatu untuk seisi keluarga

Join sekali apabila anak anda sedang beriadah atau bersenam. Daripada pergi menonton wayang sebagai aktiviti keluarga, pilih untuk menunggang basikal di taman atau berjalan di sekitar kawasan perumahan anda. Pilih satu masa dan jadikannya sebagai “waktu aktiviti keluarga” supaya lama-lama ia menjadi rutin. Nanti taklah mereka mengganggapnya sebagai “senaman” tapi sebuah aktiviti berseronok.

4. Kawal “screen time” anak anda

Jika mereka tak duduk di depan TV, tablet atau telefon pintar, mereka tak ada pilihan lain selain mencari sesuatu aktiviti untuk dibuat. Kalau tak, mereka takkan berhenti lepak dan bermain video game sepanjang hari.

Aktiviti sebegini boleh menjadi sesuatu tabiat yang anda tak patut tetapkan dalam keluarga. Lagi susah nak hentikan bila mereka dah terbiasa.

Jika anda menetapkan had, bila mereka bosan, sebaliknya mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang lebih kreatif dan imaginatif.

Memang susah nak suruh mereka berhenti menonton TV atau bermain dengan tablet dan smartphone jika anda sendiri obses dengan teknologi. Jadi tunjukkan teladan yang baik dengan tidak menggunakan alat-alat ini ketika bersama si kecil anda.

5. Jadilah cheerleader mereka

Sebagai ibu bapa, anda memang kena beri galakan padu. Anak anda pandang tinggi terhadap pendapat anda jadi jika mereka lihat anda menyokong mereka dengan meriah sekali, mereka pasti akan lebih berkeyakinan untuk teruskan sesuatu aktiviti itu ataupun mencuba aktiviti baru. 

Apabila kemahiran mereka meningkat, beritahu mereka yang perasan dan puji mereka untuk progres tersebut. Jika anak anda ingin mencuba sesuatu yang baru, tolong sedaya-upaya untuk meningkatkan moral dan minat ya itu. Jangan ingat motivasi yang ekstra tak boleh membantu! 

Dah tahu apa nak buat? Inilah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa, jadi selamat mencuba! 

Tak kiralah apa usia atau tahap kemahiran mereka, semua kanak-kanak boleh menjadi sihat secara fizikal. Kekalkan semangat positif dan sokong minat anak anda supaya aktiviti sihat boleh menjadi sebahagian daripada rutin hariannya.

Sumber: US News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Fri, 19 Apr 2019
familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?

familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

familuv Mon, 24 Sep 2018
Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

error: Content is protected !!