Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin June 29, 2018 @ 4:00pm

6 Jenama Sardin Dalam Tin Ada Cacing Filum Nematado – Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran selepas disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Selain itu, KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan pula, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya.

Foto; Malaysia Dateline

 

Bagi anda yang mempunyai kemusykilan berhubung dengan sebarang isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Jul 2018

Tak Tahan Asyik Disindir, Lelaki Ini Tikam Rakan Sekerja!

Dalam masa sama, suspek dilaporkan mempunyai rekod dan menjalani rawatan akibat masalah tekanan di Hospital Banting.

Featured Sun, 17 Apr 2022

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga mengisahkan bagaimana penghasilan Al-Quran dilakukan.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Tue, 30 May 2023
Featured Mon, 10 Oct 2022
error: Content is protected !!