Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops August 13, 2018 @ 10:00am

6 Tip Penting Supaya Kulit Bayi Anda Kekal Sihat

Syok betul bila sentuh kulit bayi. Ia lembut, gebu serta halus, dan ia merupakan salah satu bahagian badan bayi yang paling sensitif. Itulah sebabnya penjagaan yang betul amat penting.

Untuk manusia, kulit adalah organ terbesar dan bertindak sebagai penghadang kepada semua jenis “invasion”, termasuklah sinaran matahari ataupun kuman.

Bila bayi anda membesar, kulitnya juga menjadi lebih tebal dan kuat. Dalam masa setahun, kulit epidermis (lapisan paling luar) bayi akan berfungsi dengan efektif. Tapi pada mulanya, ia sangat nipis, kurang berpigmen, dan tak boleh mengawal suhu badan dengan berkesan seperti kulit individu yang lebih berumur.

Jadi, kulit bayi adalah lebih terdedah kepada ruam dan alergi. Itu sebabnya anda sebagai ibu bapa perlu menjaga kesihatan kulit bayi anda. Di sini ada 6 tip penting yang anda perlu ikut.

1. Gunakan sabun dan syampu yang lembut (mild)

Lebih elok untuk gunakan sabun dan syampu yang bebas bahan kimia seperti paraben dan pewarna yang boleh mengganggu (irritate) kulit bayi. Jangan gunakan sabun anti-bakteria juga untuk anak anda kerana ia terlalu kasar untuk kulit bayi yang lembut.

2. Periksa bahagian lampin

Tukarkan lampin bayi anda selalu. Ruam lampin boleh berlaku apabila lampin basah dipakai terlalu lama atau dengan terlalu ketat. Jika ruam tersebut terbentuk, sapukan krim ruam selepas membersih dan mengeringkan bahagian badan yang terkena. Gunakan juga krim pelembap untuk melegakan kulit.

Foto: theAsianparent

3. Moisturize

Para pakar mencadangkan anda gunakan pelembap lembut setiap hari untuk pastikan kulit bayi anda sentiasa hydrated dan lembut. Ingat, dapatkan pelembap tanpa bau tiruan.

4. Cuci pakaian bayi yang baru

Pakaian baru boleh mengandungi kuman apabila ia dibawa dari lantai kilang ke bakul shopping kita. Ia juga boleh mengandungi pewarna fabrik atau bahan kimia lain. Oleh sebab ini, anda memang kena basuh dulu baju baru yang anda belikan untuk anak anda sebelum ia dipakaikan.

5. Hati-hati dengan masalah kulit

Kebanyakan ruam kulit bukanlah sesuatu masalah yang serius. Tapi sesetengahnya boleh menandakan jangkitan yang perlukan lebih banyak perhatian dan penjagaan. Mungkin anda tahu, yang setiap isu berkenaan dengan bayi anda, walaupun remeh, memang perlu dirujuk kepada doktor kanak-kanak untuk nasihat.

Foto: www.webmd.com

6. Lindungi daripada sinaran matahari

Pendedahan awal kepada sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit di kemudian hari. Perkara ini lebih membahayakan kepada bayi kerana kulit nipis mereka tidak cukup pigmen yang melindunginya daripada cahaya matahari.

Untuk 6 bulan pertama, elakkan daripada mendedahkan kulit bayi anda kepada sinaran matahari yang kuat. Untuk semua bayi tak kira umur, ibu bapa perlu elak daripada keluar rumah apabila matahari tengah terik.

Jika perlu juga, lindungi kulit bayi anda dengan baju cotton berlengan panjang, seluar panjang dan topi.

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

familuv Thu, 4 Oct 2018

5 Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Supaya Lebih Aktif Dari Segi Kesihatan Fizikal

Kanak-kanak yang aktif juga akan lebih fokus dalam pelajaran di sekolah.

familuv Thu, 2 May 2019

Besarkan 6 anak dengan poket kosong, terpaksa tebalkan muka pinjam duit jiran

Penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro 2019 kongsi kisah duka

familuv Wed, 19 Dec 2018

7 Tahun Berkahwin Dan Belum Ada Zuriat, Mizz Nina Tetap Happy!

Mizz Nina, kisah hidupnya jadi inspirasi ramai.

familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.

familuv Mon, 23 Apr 2018

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada bunga-bunga lagi!

familuv Tue, 16 Dec 2025

Terkenal Sebagai Pempengaruh Topik Kekeluargaan, Bonda Umirah Angkat Peranan Surat Dalam Memperkukuh Institusi Perkahwinan

Selepas kejayaan buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang yang terjual lebih 20,000 naskhah, pempengaruh Bonda Umirah melancarkan karya terbaharu, Seratus Surat Cinta Buat Isteri.

familuv Thu, 22 Aug 2019

6 taktik efisyen pisahkan anak dari tempat tidur

Yang penting buang perasaan kesian!

error: Content is protected !!