Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 2, 2018 @ 12:38pm

7 Gaya Bahasa Badan Bayi Dan Apa Maksudnya, Para Ibu-Bapa Mesti Tahu!

Setelah mendapat anak baru, salah satu skil yang ibu bapa mesti master adalah kepakaran dalam memahami apa yang dia tengah rasa atau berfikir.

Bayi anda kan masih tak pandai bercakap? Jadi dia akan menyampaikan mesej kepada ibu bapanya melalui gerak-geri badannya.

Anda sebagai orang dewasa pula mesti tahu apa maksudnya supaya anda boleh pastikan dia sentiasa berasa selesa.

Kalau dia sedang tertawa, semua orang boleh tahu yang bayi tersebut sedang rasa gembira. Tapi apa maksudnya kalau dia menarik-narik telinga atau rambutnya?

Jom kita check apa maksud di sebalik bahasa badan yang selalu bayi tunjukkan.

1. Mengalihkan pandangannya

Anda sedang menunjukkan sesuatu yang menarik tapi bayi anda toleh ke tempat lain.

Maksud: Dia tak tertarik langsung untuk melayan anda. Jangan paksa pula!

2. Menutup mata

Kadangkala dia juga menguap.

Maksud: Ya, dia nak tidur, ataupun dia bosan dengan aktiviti yang dia sedang buat. Yalah, bayi memang perlukan waktu tidur yang banyak.

3. Menarik telinga

Foto: my.theasianparent.com

Sewaktu dia sedang menggeliat, tangannya kadangkala mesti mencapai telinga.

Maksud: Bayi anda sedang risau, keliru atau marah tentang sesuatu.

Contohnya, jika dia menarik telinga ketika meminum air susu, dia mungkin ingin mengatakan yang dia berasa keliru tentang kenapa airnya terlalu panas, sejuk atau rasa lain macam.

4. Menarik-narik rambut

Semakin dia membesar, lama-lama bayi anda akan mula memegang tubuh badannya, terutamanya rambut. Ada sebab, sebenarnya.

Maksud: Dia berasa resah. Kalau boleh dia nak larikan diri daripada situasinya.

Para ibu boleh tenangkannya dengan sentuhan fizikal, seperti belai rambutnya, peluk badannya ataupun nyanyi dengan lembut.

5. Menggenggam tapak tangan

Anda mungkin perasan yang bayi anda kerap berbuat demikian terutamanya lepas mandi.

Maksud: Dia kesejukan! Cepat panaskan badannya dengan selimut, tuala atau baju tebal.

6. Menendang kaki

Bila bayi anda dah besar sikit, dia akan mula aktif dan gerak-gerakkan kakinya, macam nak menendang. Anda mungkin ingat yang dia tak sabar nak berdiri atau berjalan dengan sendiri.

Maksud: Dia sebenarnya ingin meluahkan perasaannya yang meluap-luap, tak kiralah gembira atau marah.

7. Mendepakan tangan

Foto: my.theasianparent.com

Bayi anda juga berbuat demikian, macam mereka ingin didukung.

Maksud: Ya, memang dia ingin diangkat, didukung atau dipindahkan ke tempat lain. Ataupun, bayi tersebut terlampau gembira dan inginkan perhatian.

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

familuv Tue, 5 Mar 2019

Manfaat dan kemudaratan “tandem nursing”. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Semakin kerap anak menyusu, semakin banyak susu terhasil

familuv Wed, 25 Mar 2020
familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

familuv Fri, 10 Aug 2018

Adakah Anda Memiliki 9 Ciri Ini? Jika Ya, Anda Adalah Seorang Supermum!

Supermum ialah seorang wira hebat yang mampu melakukan pelbagai tugas tanpa perasaan bangga mahupun rungutan.

error: Content is protected !!