Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 23, 2019 @ 3:00pm

7 khasiat susu badam untuk wanita mengandung dan bayinya dalam kandungan

Sejak beberapa tahun lalu, susu badam mula popular kerana dikatakan alternatif yang baik bagi bahan tenusu dan kacang soya.

Tetapi secara khususnya, ia juga berkhasiat bagi wanita hamil, malah mampu memberi zat kepada bayi dalam kandungan.

Menurut theAsianparent.com, segelas susu badam mengandungi 60 kalori, 8 gram karbohidrat, 1 gram protein dan 2.5 gram lemak.

Vitamin dan mineral di dalamnya menghasilkan cukup untuk tenaga harian si ibu, selain mampu mendorong perkembangan janin.

Jom ketahui apakah kebaikannya jika si ibu yang hamil meminum susu badam.

1. Kaya dengan vitamin

Susu badam adalah alternatif baik untuk susu lembu kerana mengandungi vitamin penting seperti A, B12, E dan D.

Susu semestinya memberi khasiat penting untuk kesihatan dalaman, tetapi sesetengah vitamin seperti vitamin E juga mampu memberi perlindungan dan penjagaan pada kulit peminum.

2. Bersifat antioksidan

Vitamin E juga mampu mencegah tekanan oksidatif yang dialami oleh wanita hamil ketika plasentanya mula berkembang.

Secara keseluruhannya, khasiat susu badam boleh mengurangkan kesan tekanan ini.

3. Mengandungi kalsium

Foto: Research on plants, superfoods, tea and herbs

Seperti susu biasa, susu badam juga kaya dengan kalsium yang diperlukan oleh setiap wanita hamil demi tulang yang sihat.

Selain sebagai sokongan tambahan kepada si ibu, kalsium juga mampu memastikan janin sihat dan kuat. Susu juga boleh membantu mengawal tekanan darah.

4. Mengandungi asid lemak omega-3

Pemakanan ini boleh didapati dalam ikan salmon, malah asid lemak omega-3 yang terkandung dalam susu badam membantu menjaga kesihatan janin serta jantung ibunya.

5. Berciri rendah gula

Wanita hamil juga tidak terkecuali daripada diserang penyakit kencing manis kerana ada wanita yang mengalami gejala kencing manis sepanjang kehamilan.

Bagi mengawal gula dalam darah, ramai doktor menasihatkan supaya wanita hamil mengawal pengambilan makanan yang bergula.

Bagaimanapun, gula yang terkandung dalam susu badam dianggap sebagai gula sihat dan sememangnya tidak akan mengakibatkan penyakit kencing manis.

6. Baik untuk golongan vegan

Foto: Detoxinista

Susu badam tidak mengandungi lemak haiwan. Jadi inilah susu untuk anda jika anda mengamalkan cara pemakanan vegan yang mana diet mereka langsung tidak boleh melibatkan haiwan dalam mekanisme pemprosesannya.

7. Mencegah tekanan darah tinggi

Selain kencing manis, wanita hamil juga cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi. Ini dianggap serius kerana boleh mengakibatkan praeklampsia.

Kalsium yang terkandungi di dalam susu badam mampu mengawal tekanan darah anda.

Bonus: Tahan lama

Tidak seperti susu lembu, susu badam tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, justeru sesuai dibawa untuk perjalanan yang panjang.

Tetapi hati-hati…

Menurut penjelasan di atas, ternyata susu badam amat berkhasiat, tetapi ia juga memberi kesan sampingan kepada wanita hamil jika diambil secara berlebihan.

1. Iia bersifat rendah lemak dan kalori, meminumnya boleh membuatkan anda rasa mual.

2. Jika anda mempunyai alahan terhadap kekacang, jangan minum susu badam, ya!

3. Kacang badam adalah sejenis goitrogen, iaitu sesuatu yang boleh mengganggu fungsi kelenjar tiroid. Jika anda mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan tiroid, jangan sesekali minum susu badam.

Ingat, ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Drama Sat, 9 May 2026

Demi Drama ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ Marc Syahmie Terpaksa Masuk Peti Mayat – “Sehari Sebelum Penggambaran Peti Tu Digunakan Untuk Mayat Sebenar”

Kata Syahmie, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan, produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022
Featured Sun, 3 Oct 2021

Pembayaran BKK Sehingga RM 1,000 Bermula Oktober Ini, Cara Semak Kelayakan & Permohonan

Umum maklum, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna. Bagi mereka yang ingin menyemak syarat kelayakan, […]

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Thu, 4 Sep 2025

“Lima Tahun Sudah Kekasihku” – Suami Titip Ucapan Romantis Buat Mira Filzah

Emir menyifatkan Mira sebagai anugerah terindah  dalam hidupnya.

error: Content is protected !!