Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin November 29, 2018 @ 1:00pm

7 Tip Redakan Sakit Resdung Ikut Saranan Doktor ENT

Anda penderita resdung? Jika ya, anda perlu ketahui tip untuk melegakan sakit resdung yang akan penulis kongsikan ini. 

Resdung atau dikenali sebagai sinusitis (jangkitan sinus atau rinosinusitis) adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala seperti lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat dan sakit pada bahagian muka. Gejala lain termasuklah demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.

Selain itu, hidung anda juga kerap berasa gatal sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa. Jika kita lihat, pelbagai rawatan resdung yang ditawarkan, namun tidak semua rawatan tersebut selamat dan berkesan.

Jadi, sebelum anda mencuba rawatan-rawatan tersebut, apa kata anda ikuti 7 panduan selamat yang dikongsikan oleh Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Dr. Ezairy M.Sallih ini.

Foto: ProfHariz

1. Konsisiten dengan ubat yang doktor beri.

2. Kenal pasti punca-punca yang menyebabkan simptom anda menderita resdung menjadi lebih teruk. Doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti berbanding diri anda sendiri.

3. Ujian allergic skin test yang boleh membantu mengenalpasti punca alahan.

4. Elak segala punca yang menyebabkan gejala resdung anda datang.

5. Elakkan segala rawatan yang bukan-bukan di luar sana. Patuhi kebersihan dalam merawat penyakit anda.

6. Elakkan berada di kawasan yang berhabuk, ramai orang, kawasan tertutup yang tiada ruang pengudaraan, cuaca sejuk dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, cuaca sejuk akan merangsang cholinergic system dan menyebabkan engorment of blood vessel in the nose dan menyebabkan penghasilan mukus yang disebut sebagai cold-induced rhinitis.

7. Pembedahan diperlukan atas nasihat doktor bergantung gelaja yang anda alami.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Dec 2019
Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Sihat Fri, 8 Feb 2019
Featured Fri, 17 Aug 2018
Sihat Fri, 22 Feb 2019

10 tanda gigi dan gusi anda tidaklah sesihat yang anda sangka

Jika anda rasa gigi anda sudah cukup sempurna, jom periksa betul-betul.

Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Featured Fri, 20 Sep 2019
Featured Fri, 28 Jun 2019
Sihat Thu, 9 May 2019

Berita baik untuk anda yang suka tidur! AIA Vitality akan beri ganjaran untuk tidur

Tidur yang mencukupi penting untuk kesejahteraan hidup

Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

error: Content is protected !!