Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops February 22, 2019 @ 2:00pm

10 tanda gigi dan gusi anda tidaklah sesihat yang anda sangka

Semua orang inginkan senyuman yang sempurna serta menawan, tetapi sekadar memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk memastikan gigi dan gusi anda sihat.

Tambahan pula, kadangkala anda tidak perasan pun yang gigi anda sebenarnya tidak berada di tahap yang memuaskan.

Gigi yang reput, penyakit gusi dan kaviti boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda yang anda tidak akan terfikir pun ada kaitan dengan mereka.

Jom ketahui apakah tanda-tanda ini, menurut nasihat doktor-doktor gigi.

1. Nafas anda berbau sepanjang masa

Mengalami nafas busuk sekali-sekala bukanlah sesuatu yang tidak normal. Tetapi jika ia berlaku tanpa henti, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan mulut anda.

Doktor gigi kosmetik Kimberly Harpertold berkata bahawa nafas berbau atau halitosis boleh menjadi petanda untuk penyakit gusi.

“Pemberusan gigi atau penggunaan benang pembersih gigi (floss) secara tidak betul boleh menyebabkan jumlah plak dan bakteria bertambah pada gigi dan gusi. Gigi anda akan mengalami inflamasi dan akhirnya berdarah.

2. Lidah anda tampak keputihan

Foto: lifealth.com

Bergantung kepada apa yang anda baru sahaja makan, lidah anda boleh bertukar warna. Tetapi jika anda perasan yang ia selalu tampak putih dan bersalut, ada masalah di situ.

Doktor gigi ortodontik Bobbi Peterson berpendapat ramai orang lupa untuk memberus lidah mereka ketika memberus gigi.

“Sebuah salutan putih akan terbentuk akibat pengumpulan bakteria. Keadaan ini akan menyebabkan nafas berbau dan mulut yang tidak sihat.”

3. Makanan selalu tersangkut di celah gigi

Doktor gigi Teresa Li berkata jika anda memberus gigi dan menggunakan floss seperti biasa makanan tetap melekat di celah gigi, ini bermakna ada kaviti terselindung yang anda sendiri tidak boleh nampak.

Jadi bangkitkan isu ini apabila anda berjumpa dengan doktor gigi supaya dia boleh tengokkan. Anda juga patut terus menggunakan floss supaya kaviti kecil tidak akan terus membesar apabila makanan tersekat di dalamnya.

4. Gusi anda berdarah apabila anda memberus atau menggunakan floss

Jika anda perasan ada darah pada berus gigi atau di dalam air liur selepas memberus atau menggunakan floss, itu mungkin satu petanda yang mana gusi anda tidak sihat.

Doktor gigi Lee Gause berkata gusi yang mengalami inflamasi akan terus berdarah setelah disentuh walaupun dengan perlahan. Gusi yang sihat bukan begitu.

5. Ada tompok putih pada permukaan gigi

Foto: Healthline

Tompokan ini berkemungkinan ialah salah satu petanda bagi kaviti yang akan terbentuk.

“Ia boleh menandakan pereputan gigi awal akibat porositi dan kelemahan enamel,” kata Dr Teresa.

Pereputan gigi sering berlaku di bahagian yang anda tidak nampak, seperti di belakang atau di antara dua batang gigi. Itu sebabnya anda perlu sering buat pemeriksaan gigi.

6. Anda perasan sebatang gigi lama-lama tampak bertambah gelap

Kadangkala masalah gigi boleh dilihat daripada dirasai. Apabila sebatang gigi tampak lebih gelap warnanya daripada gigi lain, itu mungkin menandakan masalah saraf.

“Jika sebatang gigi itu dihentak (selalunya akibat trauma sukan), urat saraf di dalam gigi berkenaan tidak mampu menahannya. Sel-sel di dalam gigi itu boleh mati dan akan akhirnya menggelapkannya dalam masa beberapa tahun,” terang Dr Lee.

7. Rasa tidak selesa pada gigi berpanjangan

Dengan gigi yang sihat, anda tidak sepatutnya rasa sebarang ketidakselesaan ketika memberus, menggunakan floss atau mengunyah.

Jika ada rasa sakit, itu bermakna anda telah mengalami kecederaan pada gigi.

Menurut doktor gigi Jason Hui, kadangkala gigi anda boleh ‘lebam’. “Contohnya, jika anda tergigit batu ketika makan, gigi anda akan terasa sensitif untuk beberapa hari. Sama seperti lebam pada badan, ia akan pulih.”

Bagaimanapun, rasa sakit yang tidak hilang-hilang selepas seminggu boleh menandakan isu yang lebih serius seperti gigi retak.

8. Gigi anda sensitif terhadap minuman sejuk atau panas

Foto: Consumer Guide to Dentistry

Rasa sensitif ini mungkin menandakan kaviti sedang tumbuh di dalam gigi anda. Gigi yang sihat selalunya tidak terlalu sensitif terhadap suhu melampau.

Doktor gigi Jeffrey Sulitzer berkata jangka masa gigi itu sakit menunjukkan betapa seriusnya masalah gigi berkenaan.

“Jangan panik jika ia rasa sakit untuk sesaat kerana kadang-kadang air sejuk boleh mengakibatkan sedikit sensitiviti. Kalau sakitnya lebih lama, maknanya anda perlu lalui pemeriksaan,” katanya.

9. Rahang anda rasa tegang apabila anda bangun tidur

Jika anda sering bangun tidur dengan rahang yang sakit atau sakit kepala, ketegangan rahang atau gesekan gigi adalah penyebabnya. Ramai orang berbuat demikian pada waktu malam atau dalam situasi tertekan.

“Tindakan ini boleh menyebabkan gigi anda menjadi sensitif terhadap kesejukan, kepanasan atau sebarang tekanan,” kata Dr Jeffrey.

Dr Lee pula berkata gesekan gigi boleh memberi impak negatif kepada sendi rahang, yang serupa seperti sendi siku atau lutut. “Ia boleh terkeluar daripada soketnya jika ia tidak sihat,” katanya.

10. Gigi anda tampak seperti ia bertambah panjang atau besar

Apabila situasi ini berlaku, selalunya ia menandakan kerosakan pada gusi yang terhakis, jadi gigi anda lebih terdedah kepada penglihatan anda.

Menurut Dr Teresa, gusi anda mungkin semakin terhakis akibat penyakit gusi, tetapi anda mungkin tidak perasan pada mulanya.

“Apabila akar gigi anda semakin terdedah, barulah anda akan rasa sensitif dan sakit,” katanya.

Satu lagi penyebab gusi anda mengecil ialah geseran daripada berus gigi. Pemberusan dengan kuat boleh menyebabkan gigi lama-lama terhakis.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

Featured Thu, 29 Nov 2018

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu aktif bersenam.

Sihat Thu, 23 Aug 2018

Kembalikan Payudara Zaman Perawanmu Dengan Melakukan Senaman Ini

Senaman otot  pectoral dapat membantu menegangkan payudara termasuk memberi ilusi payudara yang lebih besar.

Featured Sat, 16 May 2020
Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Sihat Thu, 28 Mar 2019

10 panduan menangani rasa mual dan muntah ketika hamil

Alahan hamil ini juga dipanggil “morning sickness”.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Featured Sun, 31 Jul 2022
Semarak Sun, 27 May 2018

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

error: Content is protected !!