Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom June 12, 2019 @ 3:00pm

“Wow besarnya punggung you…” Jangan sentap tapi berbanggalah kerana anda adalah wanita pintar!

“Besarnya punggung you….,” Jika anda disapa seseorang dengan sapaan sebegini atau merasa sedang dikritik kerana saiz punggung anda yang sedikit luar biasa, jangan mudah berasa rendah diri.

Sebabnya kenapa, anda patut berbangga kerana anda mempunyai aset yang bisa mengundang rasa cemburu wanita lain, malah disukai golongan lelaki!

Berbanggalah kerana wanita yang memiliki punggung besar ini beruntung dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bahkan menurut kajian, wanita yang memiliki punggung besar didapati lebih bijak dan sihat!

Tapi harus diingat, kajian yang dijalankan ini membabitkan wanita yang berpunggung besar yang original saja tau dan bukan kategori obesiti!. Manakala mereka yang membesarkan punggung dengan cara menyuntik implan, silikon termasuk bersenam tidak termasuk dalam senarai sama sekali!

Dalam ilmu perubatan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.

Kajian sekumpulan pelajar daripada Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya bukan mempunyai IQ yang lebih baik tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.

Foto: kakitular

Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.

Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.

“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.

“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.

“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perbezaan di antara lemak yang terdapat pada tiga bahagian badan.

Lemak dalam tubuh misalnya, mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 23 Jul 2018

Liat Lakukan Senaman Pagi, Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Manfaatnya

Senaman pada waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk dilakukan.

Featured Wed, 29 Apr 2020

Rakyat dibenarkan bergerak dua orang dalam satu kenderaan

SOP pergerakan dilonggarkan demi kepentingan rakyat

Sihat Tue, 26 Nov 2019

Cabut sehelai uban, lebih banyak akan tumbuh – Fakta atau mitos? 

Ketahui kebenaran di sebalik kepercayaan ini.

Featured Wed, 4 Mar 2020
Featured Mon, 4 May 2020
Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 19 May 2020
Sihat Fri, 18 May 2018

Ketahui 4 Jenis Teh Ini Yang Boleh Bunuh Lemak Degil Badan Anda

4 jenis teh ini boleh bantu anda untuk mengurangkan berat badan.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Manfaat daun pandan yang ramai tidak tahu

Bukan hanya untuk masakan, malahan untuk kesihatan juga!

Featured Thu, 18 Jun 2020
error: Content is protected !!