Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 23, 2018 @ 10:30am

Liat Lakukan Senaman Pagi, Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Manfaatnya

Umum mengetahui senaman bagus untuk kesihatan badan. Namun, bilakah waktu yang paling ideal untuk bersenam? Sebenarnya kita bebas untuk bersenam pada bila-bila masa sahaja, bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

Foto: Active.com

Bagaimanapun, tidak dinafikan senaman pada waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk dilakukan. Tapi, bangun pagi pun dah liat, apatah lagi nak melakukan senaman pagi. Mungkin anda akan ubah gaya hidup anda selepas menyemak kebaikan bersenam pada waktu pagi ini yang memang banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan.

1. Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.

2. Bersenam di waktu pagi juga dapat menjamin kesegaran dan mood yang baik. Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman.

Foto: Canadian Running Magazine

Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

3. Senaman pagi mampu membakar lebihan lemak dalam badan. Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.

Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

4. Bersenam mampu meningkatkan kecerdasan otak, daya konsentrasi dan memberikan tenaga lebihan sepanjang hari.

Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.

Foto: Beauty Vigour

Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

5. Senaman waktu pagi mampu meredakan sakit kepala dan menghindarkan diri daripada stress. Ia juga membantu menyihatkan jantung dan mencegah penyakit Alzheimer.

6. Jika anda bersenam, badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga. Kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.

Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya serta asyik nak lepak dan duduk sahaja.

7. Akhir sekali, senaman pagi mampu menguatkan sistem ketahanan tubuh dan melambatkan proses penuaan semulajadi.

Sumber WOM.my dan ISN.gov

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2019

Malu dagu berlapis? Ikuti teknik mudah senaman ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya!

Mudah, murah, berkesan dan boleh dilakukan di mana sahaja!

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

Sihat Fri, 22 Feb 2019

10 tanda gigi dan gusi anda tidaklah sesihat yang anda sangka

Jika anda rasa gigi anda sudah cukup sempurna, jom periksa betul-betul.

Featured Sat, 28 Mar 2020

3 punca kematian akibat COVID-19

Jumlah kematian 26 kes

Sihat Fri, 11 May 2018

5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah Anemia. Wajib Ambil Tahu!

Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami anemia, 5 jenis makanan ini bagus untuk anda!

Sihat Wed, 27 Mar 2019

3 mitos mengenai meroyan yang anda patut tahu

Wanita selepas bersalin dikatakan gagal kawal emosi

Sihat Sun, 24 Jun 2018

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

error: Content is protected !!