Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 19, 2018 @ 2:56pm

8 Ragam Wanita Yang Bikin Lelaki ‘Turn Off’ Dan Menyesal Dating Dengan Anda

Seperti wanita, lelaki juga sebenarnya mempunyai citarasa unik yang membuatkan mereka jatuh hati dengan pasangannya. Ada yang tertarik dengan senyuman manis pasangan mereka, ada yang mengagumi penampilan pasangan mereka malah ada juga yang jatuh hati dengan sifat pasangan. 

Tetapi awas, lelaki biasanya mudah turn off dengan wanita yang banyak ragam! Ragam apa? Baca ini. 

1. Asyik betulkan makeup di khalayak ramai

weeklysauce.com

“Makeup I okay tak? Rambut I macam mana?” Ada golongan lelaki berasa rimas apabila wanita terlalu taksub dengan rupa mereka; sampai setiap lima minit kena touch-up lipstick di depan orang ramai. Relaks jelah! Kalau mereka betul-betul sukakan anda, anda tak perlu risau sangat pasal rupa.

2. Suka mencarut

www.bluntmoms.com

Kaum hawa sepatutnya lemah-lembut dan bersopan-santun. Pada masa yang sama, mereka boleh menyuarakan pendapat dan pendirian mereka, tapi tidaklah sampai menyumpah-seranah dengan menggunakan bahasa kesat, ataupun menunjukkan sikap kasar. Lelaki lebih gemarkan wanita yang boleh meluahkan emosi mereka tanpa meninggikan suara atau mencarut.

3. Suka mencari perhatian

www.barstoolsports.com

Ada sesetengah wanita suka merengek dan mengadu mengenai perkara yang remeh-temeh semata-mata nak dapatkan perhatian teman lelaki mereka. Jangan! Nanti pasangan anda akan rasa menyampah pula. Kalau anda berkelakuan natural, lagi mereka akan rasa tertarik.

4. Tak sabar

today.mims.com

Ada sesetengah orang pula tak habis-habis complain mengenai semua perkara kerana tak sabar. Makanan lambat complain, kena beratur panjang complain, ish semua benda nak complain. 

Kalau anda meluahkan rasa ketidakpuasan hati anda terlalu kerap, nanti teman lelaki anda pula yang hilang sabar.

5. Queen Control

www.babble.com

Golongan lelaki secara semulajadinya tidak suka dikongkong, jadi janganlah cuba mendominasi hidup mereka. Walaupun anda dan seseorang lelaki itu sedang berpacaran, tak semestinya anda perlu lakukan semua aktiviti bersama-sama. Kalau anda terlalu mengawal ketat segala perbuatan teman lelaki anda, dia akan berasa rimas kerana dia perlukan kebebasan juga. Anda cuma perlu ada kepercayaan terhadapnya.

6. Menipu

theunboundedspirit.com

Tak kiralah lelaki atau perempuan, tiada siapa yang suka ditipu. Kalau seseorang lelaki tu dapat tahu yang girlfriend dia telah menipunya walaupun tipu sunat, hubungan mereka mesti tercalar.

Ingat! Hubungan yang sihat bermula dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak.

7. Bersikap pesimis

www.rd.com

Lelaki akan hilang mood jika teman wanita mereka bersikap terlalu negatif, mudah putus asa atau kecewa. Sebaliknya, anda perlu lebih bersemangat dalam hidup dan melihat semua situasi dari sudut positif. Barulah hubungan anda seronok!

8. Bersikap kebudak-budakan

thoughtcatalog.com

Lelaki yang ingin serius bercinta akan mahukan teman wanita yang matang, bukan seorang budak kecil yang hyper. Sedikit sebanyak barulah mereka tahu jika wanita tersebut turut serius dalam hubungan mereka. Dan kalau ada jodoh, wanita tersebut mungkin boleh dijadikan isteri.

Walau bagaimanapun, bukan semua lelaki mempunyai citarasa yang serupa. Kalau ada jodoh atau chemistry yang kuat, tak mustahil bagi hubungan anda untuk berkekalan.

Good luck!

Sumber: Curiousmob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 May 2020
Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Gaya Hidup Fri, 27 Sep 2019
Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Tip Miliki Rambut Kerinting Yang Menawan, Tanpa Perlu Bimbang Lagi Masalah Rambut Kejung

Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung!

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

error: Content is protected !!