Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops December 20, 2018 @ 9:00am

8 Tip Bagi Merancang Parti Hari Jadi Untuk Anak Anda Dengan Jayanya

Acara paling stressful untuk dirancang adalah majlis perkahwinan. Rasanya semua orang tahu betapa rumitnya tugas tersebut, tapi tahukah anda? Di tempat kedua adalah merancang parti hari jadi kanak-kanak.

Fuhh… Siapa sangka? Tapi bila fikir balik, ada kebenarannya di situ.

Jika anda sedang merancang sebuah majlis untuk anak anda, sejumlah besar tetamunya mestilah terdiri daripada golongan kanak-kanak, kan?

Jadi anda perlu pastikan yang parti ini cukup menyeronokkan bagi mereka. Kalau tak suka, ada potensi untuk mereka merengek dan complain.

Tambahan pula, nama pun budak, jadi mereka pasti takkan duduk diam. Gerenti mereka akan berlari ke sana sini, melompat dan menjerit keriangan.

Sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab untuk mengendalikan perlaksanaan parti, tak sahlah kalau anda tak pening kepala!

Sebenarnya tugas ini boleh dipermudahkan jika anda tahu cara-caranya. Teruskan baca untuk ketahui tip-tip yang boleh membantu dalam perancangan anda.

1. Rancang acara ini in advance

Mulakan perancangan anda sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia sepatutnya berlangsung untuk mengelakkan sebarang isu last-minute daripada berlaku.

Tentukan berapa ramai orang yang anda nak jemput, bagaimana anda nak hiasi lokasi parti tersebut serta juadah yang anda nak hidangkan.

Lakukan semua ini supaya anda boleh uruskan sumber anda dengan betul. Ini juga akan memastikan acara ini sukses dan semua tetamu akan pulang dengan rasa puas hati dan gembira.

2. Jemput tetamu yang penting saja

Objektif utama bagi parti ini adalah supaya anak anda boleh enjoy; kalau tetamunya terlalu ramai misi ini sukar untuk dicapai. Jadi hanya ajak mereka yang berkepentingan saja dalam hidupnya.

Anda juga boleh tanya anak anda sendiri siapa yang dia nak jemput ke majlis istimewa ini.

Foto: Georgia Aquarium

3. Jangan berlebihan

Tak kiralah dari segi jemputan, lokasi, dekorasi atau pun makanan, pastikan yang anda tak berbelanja secara berlebihan. Adakan parti ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain tapi untuk membolehkan anak anda relaks dan berseronok.

Daripada memilih yang mahal-mahal, sambut peristiwa istimewa ini di rumah atau di lokasi yang tak berapa grand, hiasinya secara minimal dan hidangkan makanan dan minuman yang simple tapi sedap. Gunakan pinggan dan cawan pakai buang dan tak perlu risau jika orang lain mengata anda.

4. Berikan sentuhan peribadi

Sediakan aktiviti dan permainan untuk kanak-kanak mengikut kesukaan mereka. Pelawa anak anda untuk menghiasi lokasi majlis ini dengan dekorasi yang mereka suka. Anda juga boleh mengajaknya untuk membuat kek hari jadi di rumah.

Foto: Getty Images

5. Dapatkan pertolongan orang luar

Jangan cuba mengawal setiap langkah dalam perancangan untuk majlis ini; nanti anda kepenatan. Daripada masak sendiri, tempah saja makanan dari luar, dan upah sesiapa untuk tolong anda. Dengan cara ini, anda juga boleh enjoy.

6. Sediakan ruang khas untuk kanak-kanak

Besar kemungkinan tetamu kanak-kanak akan semakkan tempat bermain mereka. Dan mereka pasti tak suka jika anda sentiasa mengingatkan mereka “jangan buat ini, jangan buat itu”.

Daripada membiarkan mereka berlari ke sana sini, tetapkan satu kawasan khas untuk mereka bermain dengan bebas.

Foto: Mom It Forward

7. Ambil gambar

Pastikan ada seseorang yang ditugaskan untuk mengambil gambar atau video kenangan, atau anda sendiri pun boleh ambil bila sempat.

Lagipun siapa tak suka imbas kembali memori indah yang mereka lalui? Ini juga membolehkan anak anda sendiri mengingati peristiwa istimewa dalam hidup mereka bila mereka dah besar kelak.

8. Jangan ulangi kesilapan

Jika anda rasa anda akan mengadakan parti seperti ini lagi pada masa akan datang, catatkan apa yang tak berjalan seperti yang dirancang. Dengan ini, anda akan lebih bersedia dan tahu apa yang perlu diperbetulkan.

Akhir sekali, jangan lupa untuk have fun!

Sumber: Indianexpress.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Tue, 5 Dec 2023
Featured Thu, 17 Nov 2022

“Alhamdulillah, Paling Win!” – Buat Trend Swipe Versi Selawat, Ramai Puji Aniq Suhair

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon Aniq Suhair yang sering kali membuat peminat tak keruan melihat ketampanannya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Aniq di laman TikTok dimana dia mengikuti trend terkini […]

Featured Wed, 11 Dec 2024
Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Thu, 6 Mar 2025
Featured Thu, 18 Dec 2025

Alami Sakit Pinggang Melampau, Nabila Huda Disahkan Slip Disc L5… Nekad Teruskan Show – “What To Do, I Love My Job”

Cemas dengan situasi tersebut, Abil mengambil keputusan menjalani pemeriksaan MRI.

Featured Fri, 14 Nov 2025

Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’

Penyanyi berbakat, Aisha Retno menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

error: Content is protected !!