Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 12, 2020 @ 3:14pm

[TRENDING] Angka Positif Covid-19 Makin Meningkat, Malaysia Catat 20 Kes Baharu

Mencatatkan angka baru setiap hari pastinya menjadi kebimbangan buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya apabila kes Covid-19 di Malaysia kini mencatit jumlah 149 kes.

Sumber : Google

Memetik laporan dari Berita Harian, KKM kini telah mengesahkan hal tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Ini menjadikan 26 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Bagi kes baharu yang dikenal pasti, KKM sedang mengenal pasti kontak rapat masing-masing.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini dapat dikenal pasti,”– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Malah, kontak rapat bagi kes baru ini sedang dikenalpasti  dan segala aktiviti pengesanan kontak rapat terbabit akan dijalankan sehinggalah punca lokasi jangkitan ini diketahui.

Dua kes yang dilaporkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan dan mereka kini masih dalam keadaan stabil.

Sumber : Google

Untuk maklumat lanjut berkenaan Covid-19, korang boleh saksikan di Buletin Utama di TV3 jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Mar 2021
Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Amy Search, Isteri Hadir Balai Polis Shah Alam Raih Tumpuan

Amy Search, isteri ke IPD Shah Alam dipercayai bersama peguam

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Thu, 5 May 2022
error: Content is protected !!