Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 19, 2020 @ 8:48pm

Penumpang Bas JB Ke Kuantan Disyaki Positif Covid-19

EKORAN penularan wabak covid-19 yang semakin membimbangkan waktu ini, pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah inisiatif bagi membendungnya termasuklah menkuarantinkan diri di rumah. Arahan Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh perdana menteri Malaysia berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tegar untuk keluar seperti biasa. 

Baru-baru ini, Pejabat Kesihatatan Kuantan telah mengeluarkan arahan supaya penumpang-penumpang sebuah bas ekspres Plusliner di Johor Bahru menghala ke Kuantan melakukan pemeriksaan saringan Covid-19. Hal ini kerana terdapat seorang penumpang bas  itu sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan perlu dikuarantin di rumah. Menurut sumber, pesakit itu telah menjalankan ujian saringan covid-19 di Johor Bahru tetapi dia tidak mengambil inisiatif untuk mengkuarantin dirinya selepas melakukan ujian saringan tersebut. 

Sebelum  keputusan ujian saringan itu dikeluarkan, lelaki  itu telah bertindak  menaiki bas dari Johor Bahru menuju ke Kuatan pada 16 Mac lalu. 

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, lelaki itu menaiki bas ekpres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru menuju ke Terminal Bas Kuantan pada jam 7.45 malam sebelum perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa bermula semalam (18 Mac)

Facebook Promosi PKD Kuantan dalam hantarannya menjelaskan, kesemua penumpang bas berkenaan sudah berhubung dengan pihaknya untuk tindakan lanjut..

Selepas arahan Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh perdana menteri, berpuluh rakyat Malaysia telah bertindak untuk keluar pulang ke kampung walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan supaya tidak keluar rumah pada waktu ini. Jika rakyat Malaysia masih berdegil, kemungkinan besar penularan wabak covid-19  semakin meninggi dan bilangan kes akan semakin bertambah. 

Jadi, duduk rumah diam-diam ya. 

 

Sumber: harianmetro

Kredit foto: asia.nikkei.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 May 2025
Events Mon, 17 Feb 2025
Trending Fri, 28 Feb 2020

“Ego, Cerebral Palsy Dan Keguguran”- Angkat Isu Rumah Tangga, Drama Maaf Tak Indah Main Emosi Netizen

Masalah rumah tangga dalam sesebuah perkahwinan bukan lagi sesuatu yang dikira sebagai”taboo”. Isu seperti penderaan fizikal dan mental, poligami, nafkah zahir dan batin, kesuburan merupakan antara masalah rumah tangga yang sering menjadi topik dan bualan […]

Featured Thu, 21 Apr 2022

Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Wah! Bestnya Zul Ariffin bagi birthday present…

error: Content is protected !!