Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 26, 2020 @ 12:00pm

“Kepada Mereka Yang Ambil Mudah Covid-19, Saya Cabar… ” Pak Nil Sebak Usaha Petugas ‘Frontliner’ Diperlekehkan

Kecewa dan sebak!

Itu antara perasaan yang dapat digambarkan oleh Datuk Haji Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil apabila terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih degil dengan arahan pihak kerajaan dalam proses membanteras penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, Pak Nil pernah berkongsi rakaman panggilan video menerusi akaun instagram (IGTV) miliknya bersama salah seorang petugas barisan hadapan ‘frontliner’ yang dikenali sebagai Nurul yang kini bertugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Dalam video berdurasi 11 minit dan 38 saat itu, Nurul yang juga merupakan ibu tunggal sempat berkongsi pengalaman beliau dan rakan-rakan yang lain. 

Menurut Nurul, sejak penularan wabak Covid-19, semua kakitangan bidang perubatan yang bertugas di barisan hadapan perlu bekerja lebih masa, malah ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari dan tidak pulang ke rumah.

Manakala, doktor dan jururawat yang terlibat mengendalikan kes Covid-19 juga diwajibkan memakai pakaian perlindungan (PPE) yang disediakan dan sejujurnya, pakaian PPE itu memang tidak selesa.

Sumber : Instagram @aznilnawawihm

“Kepada mereka yang ambil mudah wabak ini (Covid-19), saya cabar cuba pakai PPE itu. Tak payah lama, pakai dua jam saja dan akan rasa panasnya,”

Dalam video tersebut, Nurul sempat menyatakan semoga wabak Covid-19 segera berakhir kerana beliau sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan dua anak lelakinya yang cukup dirindui. 

Sumber : Instagram @aznilnawawihm

Dan, bagi mereka yang memberi pandangan negatif buat Pak Nil kerana menyifatkan pengacara popular ini mengambil kesempatan dengan cuba meraih perhatian menerusi paparan kisah berkaitan Covid-19, Pak Nil bagaimanapun tidak akan tunduk dengan kata-kata negatif netizen.

“Walaupun ada yang menuduh saya cari perhatian menerusi cerita-cerita dipaparkan, sesungguhnya niat sebenar adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang masih ambil ringan mengenai bahaya wabak Covid-19” Tegasnya.

Perkongsian Pak Nil ini ternyata telah ditonton sebanyak 356,014 dengan lebih 1,800 komen yang rata-ratanya memberi pandangan positif terhadap usaha Pak Nil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2026

Nama Dipetik Bakal Menang Vokal Terbaik AJL40 Bersaing Bersama Aina & Marsha, Reynald Guntabid Terharu

Reynald Guntabid bersyukur apabila single pertamanya berjudul Lumangad Oku Dika (Ku Merindukan Kamu) berjaya membolosi pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) 

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Sat, 14 May 2022
Trending Tue, 22 Jan 2019

办年货「最佳打卡地点」陪家人又可以拍美照

时下超夯办年货的打卡景点!就连主播叶剑锋都拍得疯狂,你又怎能错过呢?

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Aliff Syukri Might Be Getting Sued Over Insensitive Remarks About Women

His mean comments about darker skinned women is Leading him into more trouble than he’s expected…

Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!