Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 2, 2020 @ 1:47pm

Ditahan Polis Ketika Ops PKP, Lelaki ‘Kantoi’ Sembunyi Isteri Dalam But Kereta

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN tidak hanya dijalankan di negara kita sahaja malah perintah ini turut dilaksanakan oleh beberpa buah negara di seluruh dunia. Pergerakan Kawalan Pergerakan ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular. PKP juga merupakan satu usaha bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 pada waktu ini. 

Seperti yang kita sudah sedia tahu, Perintah Kawalan Pergerakan ini berkehendakakan masyarakat supaya tidak sewenangnya keluar daripada rumah tanpa alasan yang kukuh. Sesiapa sahaja yang mengingkari arahan PKP akan dikenakan tindakan undang-undang. 

Sehingga hari ini, kita dapat lihat pelbagai gelagat serta ragam manusia yang masih berdegil untuk keluar daripada rumah tanpa alasan yang kukuh. Kadangkala mereka sanggup memberikan alasan yang tidak masuk akal hanya  untuk melepaskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa. 

Situasi seperti ini juga telah berlaku di United Kingdom (UK) apabila pasangan suami isteri telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas memberi alasan untuk mengambil tingkap yang ditempah menerusi jualan atas talian. Semasa ditahan, lelaki itu dilihat berseorangan di dalam kereta. 

Apa yang mengejutkan, selepas pihak polis memeriksa seluruh ruang kereta lelaki tersebut, mereka telah menemui seorang wanita yang dipercayai merupakan isterinya yang disembunyikan di dalam but kereta!

 

Menerusi satu ciapan akaun Twitter rasmi polis North West Motorway, lelaki itu memberi alasan dia terpaksa meletakkan isterinya di dalam but kerana ruang penumpang sudah penuh. Pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap lelaki itu kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan di United Kingdom. 

A driver has travelled from Coventry to Salford to collect a £15 EBay purchase of windows. His wife could not fit in the vehicle so she was travelling in the boot for the return journey when stopped on the M6 Cheshire. The driver was given a TOR for the offence.

— North West Motorway Police (@NWmwaypolice) March 29, 2020

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sekatan jalanraya akan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan setiap rakyat hanya keluar rumah atas alasan yang penting sahaja. 

Sampai tahap begitu sekali nak keluar rumah ye. Apa salahnya duduk sahaja di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Kalau keluar pun bukannya selamat kan? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Wed, 21 Jan 2026
error: Content is protected !!