Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 7, 2020 @ 5:18pm

Nelydia Senrose Manfaatkan Tempoh PKP Eratkan Hubungan Suami Isteri

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa di negara kita sejak 18 Mac lalu, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia untuk memenuhi masa mereka di rumah.

Para selebriti juga tidak terlepas menggunakan kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama orang yang tercinta apabila penggambaran dan sebarang aktiviti seni terpaksa ditangguhkan.

Pelakon Nelydia Senrose juga tidak ketinggalan memanfaatkan tempoh PKP ini dengan meluangkan masa bersama suaminya Mohd Hafez Halimi. Menurut Nelydia,26, selama ini dia dan suaminya sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk menghabiskan masa berdua.

Namun baru-baru ini, Nelydia sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama mereka di rumah. Menurut pemilik nama Nik Zaris Nelydia ini, dia berasa seperti baru sahaja diijabkabukan. Sepanjang tempoh setahun bergelar isteri, dia dan suami banyak memperbaiki diri untuk menjadi suami dan isteri yang terbaik.

“Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap.

“Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat,” katanya kepada portal BH Online.

Masih belum dikurniakan cahaya mata selepas setahun berumahtangga, Nelydia menjelaskan perkara ini bukanlah satu perkaran yang boleh memberi tekanan kepada dirinya. Malah dia dan suami masih lagi berusaha untuk mempunyai cahaya mata sehingga hari ini.

Kita doakan yang terbaik buat Nelydia dan suaminya okay. Happy anniversary Nelydia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 11 Jun 2022

[VIDEO] Sofyank Tamat Zaman Bujang, Video Pre-Wedding Gempak! – “Teaser Je Dah Meremang”

Fuhh romantik habis min tengok video pre-wedding Pian ni 🔥🔥 Apapun tahniah dan selamat pengantin baru ❤️

Trending Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

Trending Mon, 21 Jun 2021

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah […]

error: Content is protected !!