Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd April 10, 2020 @ 4:51pm

Teka Teki Terjawab! PM Akhirnya Umum Tempoh PKP Dilanjutkan Hingga 28 April

Umum mengetahui YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan perutusan khas kepada semua rakyat Malaysia sekitar jam 4 petang tadi berkenaan dengan situasi semasa dalam negara dan perkembangan terkini wabak COVID-19.

Dalam perutusan tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu bermula pada 15 April hingga 28 April.

Tempoh itu dilanjutkan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 sekaligus memutuskan rantaian COVID-19 sepenuhnya.

Terdahulu, tempoh PKP menjadi perdebatan hangat ramai warga net di laman sosial apabila terdapat ura-ura tempoh itu bakal dilanjutkan berikutan beberapa kes yang melibatkan kluster baru.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk mematuhi perintah larangan pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Tonton video penuh perutusan rasmi YAB Perdana Menteri di bawah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Feb 2019

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Makin Membimbangkan, Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Trending Fri, 18 Feb 2022

Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

Pendakwah selebriti popular, Ustaz Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom Sabah atas 11 pertuduhan berkait dengan gangguan seksual. Memetik laporan Harian Metro, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan […]

Trending Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 28 Nov 2024
Trending Mon, 2 Jul 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Featured Sat, 11 Dec 2021
Trending Mon, 26 Oct 2020
Trending Fri, 28 May 2021
error: Content is protected !!