Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 3, 2019 @ 12:18pm

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Bilangan rakyat Malaysia menjadi keldai dadah semakin membimbangkan apabila jumlah itu menunjukkan peningkatkan tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zulkifli Ali.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan peratusan peningkatan aktiviti berkenaan dan berkata faktor kewangan selain desakan hidup dilihat antara penyumbang kepada kegiatan itu di negara ini.

Menurutnya, upah yang diterima individu terlibat dengan kegiatan itu antara RM5,000 dan RM10,000 dengan kebanyakan individu yang ditangkap tahu mereka membawa bahan terlarang itu.

“Tahun lepas memang ada peningkatkan aktiviti ini berbanding tahun sebelumnya misalnya di Hong Kong sahaja 23 keldai dadah ditahan.

“Keldai dadah ada dua keadaan, satu dari Malaysia bawa ke luar negara…satu lagi disuruh pergi ke luar negara ambil dadah dan hantar kepada negara ketiga,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan seramai 425 warga Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa di 19 negara sejak 2013 sehingga Oktober tahun lepas kerana menjadi keldai dadah.

Sumber : bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022

[VIDEO] “Senyum Lebar!”- Kru Dedah Disebalik Tabir Babak Hayfa Kena Cerai Talak 1… Netizen Puas Hati Lakonan Mantap Ummi Nazeera!

Betul betul main jiwaa ya drama Risik Pada Hati ni!! 😭😭 Min lurve dialog Hayfa detik sebelum diceraikan Adam 😭 Btw, Korang team Hayfa ke team Aisya? 🫣😜

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Tue, 26 Apr 2022

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Berita baik! Tol percuma dan diskaun tol 30 dan 50 peratus dapat meringan beban rakyat untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Hiburan Mon, 22 Jul 2024
error: Content is protected !!