Euforia Bola 2026
Drama By: Syafiqa Irdina April 21, 2020 @ 1:45pm

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Berbaki 3 hari lagi semua umat islam akan menyambut Ramadan, mesti korang tertunggu-tunggu program dan rancangan menarik sepanjang bulan barakah ini bukan?

So, bersempena bulan Ramadan, TV3 bakal menghidangkan pelbagai program menarik yang bertemakan ‘Setulus Ikhlas’ istimewa buat korang!

Seleksi Drama & Raudhah

1.Bukan Gadis Biasa

Bukan Gadis Biasa merupakan drama adaptasi novel yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak! Berkisarkan tentang cinta, drama ini memulakan siarannya pada 23 April, setiap Isnin hingga Sabtu jam 7 malam.

2.Jejak Rasul Ulul Azmi

Jejak Rasul Ulul Azmi bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pada jam 6.30 petang hanya di TV3.

Seleksi Program Gaya Hidup

1.Pesan Makan 2020

Pesan Makan 2020 merupakan rancangan masakan yang diselitkan dengan drama oleh 3 orang selebriti tanah air iaitu Eina Azman, Atu dan Adik Shamsul Danish. Rancangan ini akan bersiaran setiap Sabtu jam 5.30 petang.

2.Apa Nak Makan Ni?

Menerusi rancangan “Apa Nak Makan Ni?”, Chef Naem bersama artis jemputan akan menyediakan juadah berbuka puasa di sekitar Lembah Klang dan mengedarkan makanan kepada orang awam yang terjebak dalam trafik semasa pulang ke rumah. Nantikan di hadapan kaca televisyen pada Ahad jam 6 petang okay!

3.Aroma Tradisi

Aroma Tradisi 2020 akan membawa korang menerokai keunikan makanan yang terdapat di sesebuah negeri tersebut sambil mempelajari keistimewaan dari segi sejarah, ekonomi, geografi dan sosial budayanya. Saksikan Aroma Tradisi pada setiap Sabtu jam 11.30 pagi ye!

4.Jom Berbuka

Dalam ‘Jom Berbuka’ pula mempertontonkan gelagat serta kerenah pasangan selebriti ibu & anak memasak menu kegemaran mereka untuk juadah berbuka puasa. Program ini akan disiarkan setiap Sabtu jam 6 petang okay!

Seleksi Bual Bicara, Hiburan & Bananana

1.Sembang Sahur

Program bual bicara santai ini akan membincangkan topik-topik menarik bersama tetamu jemputan. Apa yang menarik, segmen Singgah Sahur akan menyaksikan hos dan artis akan bersama-sama menziarahi keluarga-keluarga terpilih untuk bersahur sekali. Sembang Sahur bersiaran pada Selasa hingga Khamis jam 11 malam!

2.Pak Kodi 5G 2020

Saksikan keletah Pak Kodi lakonan Ropie yang menghiburkan pada setiap Sabtu dan Ahad jam 12 tengah hari!

3.Alif & Sofia

Rancangan kartun kegemaran kanak-kanak bakal bersiaran pada Isnin hingga Jumaat jam 5 petang.

Jangan lupa untuk menonton pilihan program menarik ini di kaca televisyen korang nanti okay?

Save The Date!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Featured Tue, 8 Mar 2022

“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Semakin handal Queen kita bertiktok. Agak-agak tiktokers risau kenapa tu ya..? 🤭😜

Hiburan Tue, 11 Nov 2025

“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Farah Lee tak borak ‘kacip’, mahu anak muda membesar jadi pemimpin

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Saya Sangat Bersyukur…” – Aisha Retno Pertaruh Diari Air Mata, Impian Bekerjasama Dengan Ajai Akhirnya Jadi Kenyataan

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai disifatkan sebagai satu penghormatan besar

Hiburan Tue, 19 May 2026

Ramai Cuba ‘Melobi’ Tawar Wang Cecah RM30 Juta, Adi Putra Tegas Tolak Rasuah Demi Prinsip

Adi memaklumkan tawaran tersebut bukan berkaitan kerjaya seni lakonannya, sebaliknya melibatkan urusan lain yang enggan diperincikan

error: Content is protected !!