Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 9, 2018 @ 3:27pm

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Pelakon dan usahawan, Sazzy Falak dianggap menyepi  dari dunia pengacaraan kerana sudah lama tidak muncul di kaca tv. Kenapa agaknya Sazzy memilih untuk tidak aktif dalam bidang pengacaraan? Menjawab isu tersebut, pelakon kecil molek ini meletakkan kepuasan diri sebagai keutamaan sebelum bersedia memberi komitmen dalam dunia pengacaraan mahupun dunia lakonan.

Menurutnya, masih didatangi pelbagai tawaran berlakon, tetapi dia lebih memilih dalam menerima tawaran tersebut kerana mahu mencabar diri selari dengan kematangan usia pembabitannya.

“Kerjaya lakonan saya bermula di pentas teater. Minat itu sudah bercambah sejak usia muda, membuatkan saya sentiasa berusaha mencabar kemampuan diri.

“Saya kini berlakon bukan semata-mata kerana bayaran, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri. Saya juga akan pastikan, karya yang dilakonkan mempunyai mesej untuk disampaikan kepada penonton.” Katanya yang bakal muncul dalam drama terbaru, Mimpi Sumi siaran ntv7.

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006.

“Rindu sebenarnya untuk kembali membawa watak itu, apatah lagi karakter Shasha turut menjulang bakat saya hingga meraih pengiktirafan. Apabila ditawarkan berlakon dalam sekuel filem itu, sukar untuk saya menepis.

“Naskhahnya juga menarik, selain tawaran itu datang tepat pada masanya. Mungkin dulu Shasha agak nakal, tetapi untuk sekuel ini, peminat dapat melihat sisi berbeza dirinya,” kata Sazzy mengenai filem yang selesai penggambaran, Februari lalu.

Filem arahan Umi Salwana Omar terbitan Redcom Films itu masih mengekalkan Sharifah Amani dalam barisan utama, selain menampilkan muka baharu seperti Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Aedy Ashraf dan Syafiq Kyle.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster'” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

Ezzanie Jasny mengakui terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sombong.

Hiburan Fri, 25 Jul 2025

“Mata Tiba-Tiba Merah, Hidung Berdarah Di Set” – Zarif Ghazzi Tepis Dakwaan Kena Penyakit Ain

Kerap sakit sebelum mula shooting, Zarif Ghazzi tepis dakwaan kena penyakit ain

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

[VIDEO] Didakwa Pamer Aksi Menggoda, Marissa Dania Ditegur Netizen

Perghhh! Cantik betul Marissa ni kan?😍😍😍

Featured Sat, 4 Jun 2022

Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Moga lepas ni tiada lagi kisah yang diungkit mengenai hubungan cinta mereka.. Kita kena hormat permintaan mereka

error: Content is protected !!