Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 3, 2020 @ 2:05pm

“…Malulah Ketika Kita Pura-pura Terlihat Kaya” Rajin Bersedekah, Ini Kisah Allahyarham Mr Os Yang Ramai Tak Tahu

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Selepas dunia hiburan terpalit dengan pelbagai isu kontroversi melibatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, rata-rata netizen tidak bersetuju dan menganggap terdapat golongan yang lebih memerlukan jika dibandingkan dengan golongan ini yang sememangnya kaya atau mempunyai pendapatan melebihi rakyat marhain.

Justeru itu, apa kata kita kongsikan sedikit cerita disebalik kehidupan seorang anak seni yang begitu humble dan baik hati untuk sama-sama kita jadikan tauladan dikala dunia hiburan kita sekarang ini ‘panas’ dengan isu kontroversi melibatkan wang dan sebagainya.

Sumber : Instagram @syafiqahayra

Tambang RM25, Allahyarham bagi diskaun RM5. Sedekah!

Menerusi perkongsian saudara Hafizul Hakim dilaman Facebook miliknya, beliau mengambil pendekatan berbeza apabila tampil berkongsi cerita mengenai Allahyarham Mr Os yang bekerja sebagai pemandu teksi namun masih mampu memberikan diskaun kepada setiap penumpangnya.

Segala pahala yang saya lakukan dalam dunia perubatan saya niat ianya diberikan kepada ibu bapa saya…

Siapa sangka, anak kepada Allahyarham Mr Os yang dikenali sebagai Syafiqa Hayra merupakan seorang doktor lulusan Universiti Mansoura, Mesir.

Mungkin ini adalah berkat dan sifat redha yang ditunjukkan oleh pelawak tersohor itu dalam membesarkan anaknya sehingga kini bergelar seorang doktor.

Sumber : Instagram @syafiqahayra

Dan, apa yang paling membanggakan, remaja berusia 27 tahun ini turut memasang niat bahawa setiap pahala yang diberikan dalam dunia perubatan akan diberikan segalanya buat kedua orang tuanya itu.

Pesan Allahyarham Mr Os buat anaknya, serius bikin sebak!

Nama yang mungkin tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air, Mr Os atau nama penuhnya, Mohd Yusof Abdul Hamid ini telah kembali ke rahmatullah pada 8 April 2016 akibat kanser tonsil yang dialaminya.

Namun, pesanan ini mungkin boleh dijadikan teladan dan pedoman buat kita semua agar menjadi contoh terbaik buat orang-orang sekeliling.

“Jangan malu kalau hidup terlihat miskin, tapi malulah ketika kita pura-pura kaya”

Semoga cerita mengenai perkongsian hidup seorang anak seni yang tidak lokek dengan senyuman dan lawak jenaka nya ini menjadi tauladan dan ikutan buat kita semua. Al-Fatihah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Drama Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Hati Hans Isaac Tertutup Sudah …

Soal mencari pengganti selepas putus tunang tertutup sudah kerana tidak dapat menerima hakikat

Featured Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: Mimifly, Hael Husaini & Ramli Sarip Meriahkan Konsert Minggu Keempat Malam Ini!

Wah, Mimifly, Hael Husaini & Datuk Ramli Sarip meriahkan konsert minggu keempat CSOIAM malam ni!

Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

Featured Wed, 6 Apr 2022
error: Content is protected !!