Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2020 @ 6:11pm

[TERKINI] Tiada Tarawih Atau Solat Jemaah Di Surau Mahupun Masjid Sepanjang PKP Ini

Tidak akan ada solat fardhu, dan tarawih berjemaah!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, rakyat sedang memasuki Ramadan dalam era normal baharu iaitu tidak ada solat solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat Tarawih berjemaah di masjid dan surau dalam tempoh PKP.

Malah, tidak ada juga majlis berbuka puasa, moreh selepas selesai solat Tarawih.

Sumber : Google

” Alternatifnya hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan kita di rumah. Kita semua hendak beribadah dalam Ramadan sebagaimana sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama (hifz al-din) dalam maqasid al-syariah

” Namun, memelihara nyawa (Hifz al-Nafs) juga adalah penting ketika ini. Akhirnya, kita akan dapat satu jawapan; matlamat hifz al-din takkan tercapai kecuali dengan Hifz al-Nafs,”

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pihaknya bukan ingin menghalang melakukan ibadah tetapi apa yang ditekankan adalah pelaksanaan solat berjemaah yang dilakukan di rumah masing-masing.

” Cuma yang kita jaga konsep jemaah beramai-ramai dalam jumlah yang besar mungkin akan tersebar wabak itu di mana, mungkin tidak akan menyelesaikan dan mengambil tempoh lama untuk dipulihkan,” Jelasnya.

Beliau juga dilihat memohon agar rakyat Malaysia mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan menyeru agar rakyat Malaysia berdoa kepada Allah agar perkara ini selesai dengan cepat.

Sumber : Google

“Sejujurnya saya mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia. Saya bersyukur kerana anda semua amat memahami dan bersama-sama saya untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. Yakinlah, Allah melihat apa yang kita lakukan, mendengar apa yang kita doakan,” Katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Apr 2025

KJ Gagal Tahan Sebak Ketika Upacara Pengebumian Pak Lah, Netizen Titip Kata Semangat – “Menantu Yang Hebat, Semoga Terus Kuat Chief!”

Khairy Jamaluddin dilihat gagal menahan sebak ketika pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.

Featured Tue, 22 Aug 2023

Tepis Dakwaan Sejak Kurus Kuat Bergelek, Fasha Sandha Bidas Netizen Mulut Celupar – “Lagi Malu Kalau Nampak Warak Tapi Munafik”

‘Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit’ – Fasha Sandha

Trending Thu, 3 May 2018

Suka Lepak Tepi Tingkap Punca Hampir Dirogol?

Wanita itu memberitahu pihak pendakwaan RAK bahawa dia terkejut melihat jiran lelakinya itu berada di bilik tidurnya ketika dia sedang tidur.

Trending Tue, 3 Apr 2018

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit

error: Content is protected !!