Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 10, 2018 @ 1:00am

“Saya Bukan Tumpang Populariti Uqasha” – Hefny Sahad

Pengacara yang dilabel sebagai tall, dark and handsome ini pernah dilaporkan bakal bertunang dan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Namun, hubungan pasangan ini dilihat semakin hambar apabila kedua-duanya dilihat sudah tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing.

Namun menurut Hefny Sahad, hubungan beliau dan pelakon jelita, Uqasha Senrose masih baik namun kedua-duanya sedang sibuk dengan karier masing-masing. 

“Kami macam biasa, cuma tak mahu bercerita lebih mengenai perkara ini. Saya tak mahu komen. Cuma doakan yang baik-baik sahaja.” Katanya.

Menurut Hefny, tahun ini sahaja beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya. Kerana, tugas sebagai pengacara dalam program bual bicara iaitu Borak Kopitiam memerlukan beliau mengikuti perkembangan semasa dan isu-isu terkini. Lantas, itu memerlukan masa dan perhatian yang lebih.

“Saya perhatikan, liputan mengenai kisah cinta kami terlalu banyak dan tumpuan umum hanya menjurus kearah itu. Saya tidak mahu orang bercakap saya hanya menumpang populariti Uqasha pula” Jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hefny turut mengacarakan program Borak Kopitiam bersama Dayah Bakar, Sarah Adiba, Feona Cheong, Zack Merican dan Fify Azmi selain penyampai radio, Haziq dari Hot FM serta Muaz (Kool FM).

Program yang bersiaran selama 2 jam itu akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7 pagi. Atau boleh menyaksikan siaran ulangan Borak Kopitiam hanya di tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 7 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Dalam Batik Zakiah

Dugaan yang datang silih berganti ini adalah pengajaran bagi kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan

Hiburan Wed, 18 Jun 2025

[VIDEO] Rumah Tangga Masih Utuh, Isteri Azlan Komeng Kini Hamil – “Doakan Kandungan Ini Selamat”

Isteri Azlan Komeng mohon doa kandungan kali ini selamat daripada gangguan

Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Featured Mon, 22 Jul 2024
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!