Euforia Bola 2026
Program TV By: Salma Syahbuddin May 18, 2020 @ 12:00pm

Melodi Raya, ICSYVMY3 Raya & Hantu Penunjuk Jalan Antara Yang Menarik Di TV3 Sepanjang Syawal Ini

Walaupun sambutan Aidilfitri kali ini sedikit berbeza ekoran pelaksanaan PKPB, namun itu bukanlah penghalang untuk TV3 dan TV9 menghidangkan program terbaik kepada anda sepanjang syawal nanti.

Antaranya ialah, program yang sering mencuri perhatian iaitu Melodi Raya. Di hoskan oleh Awal Ashaari dan Janna Nick, mereka akan berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran Melodi Raya dijalankan. Kalau nak tahu, kenalah stay tuned 24 Mei ini okay!

Bagi program terbaik Syawal TV3, ianya akan bermula pada 23 Mei ini dengan sebuah program tajaan foodpanda iaitu Havoc Nak Raya.

Diikuti dengan program Drama Sangat Raya, Al-Kisah Pak Kodi, Melodi Raya, The Best Of J.K.K, ICSYVM 3 Edisi Raya, Senang Terhibur Extra dan Muzik-Muzik 35 Raya.

Manakala, bagi telefilem pula, Bahulu Untuk Opah, Taubatku, Vlog Laura, Cruise Cinta Lebaran, Huru Hara Raya dan Raya Kami Esok akan ditayangkan di TV9.

Dan, salah satu telefilem komedi seram yang akan ditayangkan pada Raya Kedua ialah, Hantu Penunjuk Jalan lakonan Izzue Islam, Bella Dally dan ramai lagi.

Menurut Izzue, walaupun beliau bukanlah seorang pelawak namun skrip yang baik membantu beliau menghidupkan watak tersebut.

“Saya bukan pelawak dan tak boleh melawak pun. tapi sebab ada skrip yang baik, kita perlu baca dan belajar bagaimana nak bawak watak tu” Katanya.

Telefilem lain yang turut disajikan sepanjang syawal ini juga antaranya, Tiada Galang Ganti, Saka Viral, Kisah Hidupku, Validasi, Ara dan Rinding.

Pihak TV3 juga turut menyediakan 10 program hiburan, 6 program gaya hidup dan bual bicara, dan satu program baharu dalam slot Bananana khas buat si cilik.

Selain itu, terdapat program khas raya antaranya, 999 Khas Raya, Majalah 3 Raya, Tanyalah Ustaz, Setulus Ikhlas dan Tanyalah Ustaz Norma Baharu dan Wanita Hari Ini Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Trending Wed, 14 Nov 2018

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Rancangan ini melihat kepada faktor logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Featured Fri, 26 Aug 2022

Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Tenang-tenang ajaaa dulu ya Caaaa! Usah ribut kawin dulu ar💐

error: Content is protected !!