Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 20, 2020 @ 8:30am

PKPB : Cubaan Balik Kampung Sia-Sia, PDRM Arah Patah Balik

Walaupun diberi kelonggaran dalam fasa ke-5 ini, namun terdapat segelintir masyarakat yang mencuri peluang untuk pulang ke kampung dengan memandu dari ibu negara ke Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, pihaknya akan memastikan Pulau Pinang akan kekal berada di zon hijau dan mana-mana individu yang cuba memasuki negeri itu akan segera diarah berpatah balik.

” Kita akan pastikan Pulau Pinang akan kekal sebagai zon hijau. Dan, disini saya ingin tmemberi amaran, jangan cuba masuk ke negeri ini kerana mereka mungkin akan kerugian dan dikenakan kompaun sebanyak RM1000. Dan yang paling teruk, mereka akan dipaksa balik” Katanya.

Bermula semalam sahaja, sebanyak 9 kompaun dikeluarkan. Manakala, 308 kenderaan dari Perak, Kuala Lumpur dan selatan diarahkan pulang.

Sebanyak 19 sekatan dilakukan di Pulau Pinang termasuklah sekatan di tol Juru yang dilakukan oleh Polis Bukit Aman, memandangkan ia merupakan pintu masuk utama menuju tiga negeri utara iaitu, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

PKP BERSYARAT | Cubaan Balik Kampung Diarah Patah Balik

PKP BERSYARAT | Cubaan Balik Kampung Diarah Patah BalikWalaupun diberi amaran berulang kali supaya tidak merentas negeri pulang ke kampung, masih ada yang sanggup mencuri peluang memandu dari ibu negara ke Pulau Pinang.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 19 May 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 May 2025

“Siti Nurhaliza Berperanan Penting Didik & Jadi Contoh Teladan Penghibur Muda Tanah Air” – Perdana Menteri

Demi industri, masyarakat dan negara akan diusahakan dengan terbaik – Siti

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Hiburan Fri, 29 May 2026

Syifa Melvin Bidas Dakwaan Bukan Menantu Pilihan, Tegas Hubungan Dengan Mentua Baik Sejak Sebelum Kahwin

Syifa menegaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan ibu mentuanya

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Anak Eyra Hazali Merajuk Nak Makan – “Siapa Ajar Macam Itu…”

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom […]

error: Content is protected !!