Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 29, 2020 @ 10:00am

Gara-Gara Cuba Mengelak Diperiksa Polis, Dua Beradik Ini Sanggup Berendam Didalam Sungai

Apa nak jadi!

Gara-gara cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, cubaan dua beradik ini gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Kampung Bukit Dato B, Tanjung Minyak, Melaka pada Khamis.

Menurut, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, dua anggota polis dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat rondaan terserempak dengan Proton Wira dinaiki tiga individu dalam keadaan mencurigakan.

Seorang daripada suspek turut membaling alat pemadam api serta tiga unit bateri kenderaan ke arah kereta peronda polis bagi menghalang daripada terus dikejar.

“Namun, kenderaan dipandu suspek hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai sebelum menahan dua beradik manakala seorang lagi meloloskan diri,”  Katanya.

Kenderaan yang dipandu 2 beradik ini dipercayai dicuri

Sumber : Harian Metro

Tambahnya lagi, pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 25 serta 30 tahun itu tidak menemui barang terlarang. Tetapi, kenderaan yang dipandu mereka dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu selain kedua-duanya mempunyai rekod lampau danmenjadi buruan polis.

Suspek berada dalam sungai dan enggan naik ke darat

Sumber : Harian Metro

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Penolong Penguasa bomba Roslan Jalil berkata, pihaknya digerakkan ke lokasi kejadian selepas seorang daripada suspek berada dalam sungai dan enggan naik ke darat.

Dan, selepas hampir 15 minit dipujuk, suspek yang bersembunyi di sebalik rimbunan daun itu menyerah diri sebelum diserahkan kepada polis.

Haih, masih ada juga individu yang nak langgar PKPB ni kan?

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Alamak, kenapa Aliff dengan Ruhainies diam membisu je, tak apalah sama-sama kita nantikan perkembangan kes tahun depan!

Featured Thu, 5 Jun 2025

31 Tahun Berlalu, Nora Danish Titip Ucapan Buat Arwah Bapa – “Saya Serahkan Semuanya Pada Allah, Moga Kita Disatukan Di Syurga Nanti”

“Saya tidak pernah dapat memegang tangan anda semasa saya membisikkan doa saya” – Nora

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Hiburan Mon, 30 May 2022
Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Hormati Perjuangan Global Sumud Flotilla, Fazura Tangguh Kongsi Momen Ulang Tahun Fatima – “Sekarang Masa Tak Sesuai”

Fazura tangguh kongsi momen Fatima sambut ulang tahun, mahu fokus pejuang Global Sumud Flotilla (GSF)

Featured Tue, 9 Aug 2022
error: Content is protected !!