Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 14, 2018 @ 3:24pm

Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam

Tiada siapa yang menduga, dengan hanya menikmati semangkuk gulai kari ayam, lelaki dari United Kingdom ini bakal melalui detik hitam dalam hidupnya apabila disahkan mengalami kelumpuhan dan koma.

David Braham, 40, pada hari kejadian sedang menikmati kari ayam yang dibeli daripada sebuah kafe sambil menyaksikan anaknya bermain rugby sebelum gulai kari tersebut mencetuskan satu sindrom jarang-jarang berlaku, Sindrom Guillian-Barré.

Sindrom Guillian-Barré adalah situasi dimana antibodi badan dicetuskan dan menyerang sel-sel sihat dan sistem saraf penting badan.

Akibatnya, David mengalami kelumpuhan daripada muka hinggalah ke bahagian bawah badan dan terpaksa bergantung kepada ventilator selama empat bulan disebabkan ketidakupayaannya untuk bernafas sendiri.

Pada awalnya, David beranggapan bahawa rasa tidak sedap badan yang dialaminya ketika itu mungkin berpunca daripada makanan yang dibeli daripada kafe tepi dan normal. Namun, keadaannya bertambah teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Princess Wale dan ditahan selama empat hari.

Diberi antibiotik, David kemudian dibenarkan pulang ke rumah tetapi keadaan semakin meruncing apabila keesokkan harinya tubuhnya mengalami kelumpuhan sepenuh dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikejarkan ke hospital semula, barulah doktor dapat mengesahkan bahawa David mungkin mengalami keracunan makanan campylobacter yang mencetuskan sindrom tersebut.

David kemudian diletakkan dalam keadaan koma selama empat minggu dan tepaksa bergantung hidup dengan ubat ventilator selama empat bulan.

Kini, setelah keadaan kembali normal, David dapat mengimbas kembali keadaan yang menimpanya itu.

”Saya merasakan semuanya baik-baik sahaja sehinggalah saya menikmati kari ayam. Hanya makanan biasa dan saya yakin itu adalah puncanya,” kata David.

”Malamnya saya merasa tidak sedap badan. Keadaan itu berlarutan hampir seminggu sehinggalah satu ketika, badan saya sudah tidak boleh digerakkan.

”Saya tidak tahu sama ada saya berpeluang untuk melihat anak saya atau berjalan kembali,” katanya.

Lapan bulan selepas kari ayam tersebut hampir meragut nyawanya, David hampir pulih dan mampu berjalan semula.

”Saya perlu belajar untuk menggosok gigi dan mencucikan diri sendiri semula. Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk kembali boleh menggerakkan kaki saya. 

”Rasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Otak saya tahu untuk melakukannya tetapi anggota badan saya tidak memberi respon,”.

Sumber : The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Menang ABPBH 35, Amir Ahnaf Tak Sabar Lebarkan Sayap Ke Indonesia & Hollywood!

Wowww, Amir nak terbang berlakon dekat Hollywood? Cayalah ek bukan biasa biasa

Trending Wed, 15 Nov 2017

RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut

Banyaknya wang yang tidak di tuntut sebanyak RM 5.96 billion ,apa kata jom check mana tahu ada nama anda dalam senarai ini

Trending Tue, 25 Jan 2022

4 Bintang Baharu Bergandingan Dalam Drama Romantik Komedi Life Lila!

Kepulangan Lila ke kampung menimbulkan banyak persoalan kerana orang kampung sudah tidak mendengar khabarnya selama lima tahun. Lila yang terkenal dengan kecerdasannya sering menjadi tumpuan orang kampung. Bersediakah selebriti media sosial ini berterus-terang hal sebenarnya […]

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Wah, tak lama lagi dapat lah tengok muka baby boy Mira Filzah.

error: Content is protected !!