Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd June 16, 2020 @ 10:38am

Semua Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Kini Dibuka

Syukur bila kita boleh merasai kenikmatan menunaikan ibadah di masjid dan kembali..

Umum mengetahui semenjak bermulanya PKP, semua rumah ibadat ditutup. Namun, hari ini kerajaan membenarkan semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, untuk beroperasi dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

Kebenaran itu diberikan berikutan melihat pihak jemaah dan pengurusan masjid dapat mematuhi SOP yang digariskan dengan sempurna selepas kebenaran mula diberikan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata surau dan masjid yang berada dalam zon merah masih tidak dibenarkan beroperasi

1/3 daripada kapisiti sebenar ruang solat

“SOP yang ditetapkan adalah masih sama iaitu jumlah jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti sebenar ruang solat utama masjid dan surau, di samping mencatat kehadiran jemaah dan sebagainya.

“Namun, masjid dan surau di negeri lain tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Kenyataan Suami Baru Bonda Rozita Tentang Viral Raih Tumpuan – “Seronoklah, Orang Tahu Siapa Saya”

Bonda Rozita tanya suami baru mengenai kisah rumah tangga mereka jadi viral

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Trending Tue, 3 Apr 2018

Ibu Terkejut Bateri Kalkulator Tersekat Pada Usus Anak

Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan. Uish…Bahaya tu!

error: Content is protected !!