Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul June 22, 2020 @ 3:04pm

Kerajaan Benar Aktiviti Riadah Kolam Renang,Laut Dan Sungai Bermula 1 Julai

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan akan membenarkan semula aktiviti riadah kolam renang mulai 1 Julai mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Mesyuarat khas yang bersidang hari ini telah membuat keputusan untuk membenarkan aktiviti riadah kolam renang yang akan bermula pada 1 Julai 2020

“Aktiviti riadah kolam renang ini dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal atau berpagar serta kolam renang persendirian.

“Walau bagaimanapun, pra syarat di setiap kolam renang ini mestilah menyediakan pemantau atau penyelia bagi memastikan keselamatan, jumlah pengguna serta masa terkawal,” katanya.

“Mesti ada pengawal, bukan sahaja untuk mengawal keselamatan pengguna kolam renang, tapi juga untuk memastikan supaya jumlah yang dibenarkan di kolam renang berdasarkan saiz kolam renang itu sendiri”

Menurutnya lagi, kanak-kanak masih lagi tidak digalakkan untuk beriadah di kolam.

Tambahnya lagi, aktiviti riadah air ini juga dibenarkan di laut, tepi pantai, sungai dan apa sahaja yang berkaitan dengan air.

Walau bagaimanapun, taman tema air masih belum dibenarkan untuk dibuka setakat ini.

Kredit foto: umpan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Wed, 22 Apr 2026

Tiara Jacquelina Kongsi Teaser Baharu ‘Puteri Gunung Ledang The Musical 2026’, Uji Bakat Rasmi Kini Dibuka

Tiara Jacquelina berkongsi keterujaan apabila teaser bagi Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 kini dilancarkan, sekali gus mengumumkan pembukaan rasmi sesi uji bakat untuk pementasan terbaharu karya ikonik itu.

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Featured Wed, 12 Feb 2025

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Tindakan Anju bertindak kurang sopan di media sosial mengejutkan ramai pihak.

Featured Wed, 28 Jan 2026

Kenyataan ‘Bukan Semua Ustaz Kerja Kacau Atau R*g*l Wanita’ Dikecam, Ini Jawapan PU Rahmat

PU Rahmat dikritik selepas memadam hantaran yang telah dimuat naik menerusi platform media sosial miliknya.

Trending Mon, 2 Nov 2020
Trending Thu, 6 Aug 2020
Featured Thu, 12 Sep 2024

Tak Simpan Dendam, Yusof Haslam Syukur Kepulangan Syamsul Bukti Doa Termakbul… Pulang Tanpa Paksaan  – “Macam Mana Pun Dia Tetap Anak Kami”

Ibu bapa mana yang tak happy bila anak kesayangan mereka dah pulang ke pangkuan keluarga❤️❤️❤️

error: Content is protected !!