Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 14, 2018 @ 6:01am

9.9 Juta Kad Kredit Diedar, Kes Muflis Dicatat 1,598 Orang

Adakah anda pengguna kad kredit ketika berbelanja? Ada baik buruknya dalam menggunakan kad kredit. Silap haribulan, tak tertanggung hutang jika tak dikawal dengan betul.

Sumber Gambar: KedahNews.com

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz memberitahu setakat ini, sebanyak 9.9 juta keping kad kredit diedar di negara ini sehingga Disember tahun lalu.

Beliau menyifatkan pengeluaran masih terkawal dan mengikut kadar kemampuan rakyat.

“ Perangkaan itu merangkumi pengedaran 8.8 juta kad utama dan 1.1 juta kad tambahan.

“Setakat tempoh sama, statistik menunjukkan kita mempunyai 3.7 juta pemegang kad kredit utama di Malaysia.

“Bilangan kes muflis akibat kad kredit setakat tempoh sama pula adalah 1,598 orang atau 0.04 peratus. Justeru itu, pelbagai langkah bakal dan sedang diambil bagi memastikan perangkaan ini tidak terus meningkat,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai jumlah pengedaran kad kredit dan kes muflis berikutan penggunaan melampaui kadar pendapatan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) berhubung pertimbangan kerajaan menghapuskan bayaran faedah kad kredit, Othman berkata, langkah itu bakal mengundang kesan negatif dalam kalangan pengguna.

Katanya, kitaran pembayaran faedah dan pinjaman adalah punca pendapatan sektor perbankan, selain berupaya menjadi ‘serampang dua mata’ dalam memberikan peringatan kepada pengguna untuk sentiasa mengukur tahap kemampuan.

“Kalau hapuskan bayaran faedah seperti dilakukan United Kingdom, kita khuatir pola perbelanjaan pengguna kad kredit akan mungkin menjadi tidak berhemah.

“Oleh itu, kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan bayaran faedah bagi menjamin kelangsungan sektor perbankan dan menjaga corak perbelanjaan rakyat,” katanya.

 

Sumber: NSTP

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

Featured Tue, 18 Jul 2023

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Haa, ingat tu pentingnya tanda baca, kang lain pulak jadinya🤣🤣🤣

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Featured Sat, 28 Sep 2024
error: Content is protected !!