Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 3, 2022 @ 2:22pm

Fatin Afeefa Beli Kereta Mewah Selepas 6 Bulan Bergelar Usahawan – “Jangan Harap ‘Daddy’ Kasi Je”

Pelakon Fatin Afeefa berkongsikan berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta idaman selepas enam bulan bergelar ahli perniagaan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Fatin meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberi selepas enam bulan bersusah payah bergelar seorang usahawan.

“6 bulan bersusah payah sebagai ahli perniagaan, inilah keputusannya. Segala penat lelah dan air mata akhirnya berbaloi,” tulisnya.

Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata dia juga tidak menyesal memperlahankan karier lakonan sebaliknya memberi tumpuan kepada perniagaan adalah sangat berbaloi baginya.

“Pelik kan? Saya perlahankan aktiviti dalam bidang lakonan dan nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perniagaan, dan saya tidak menyesal. Saya percaya mengejar impian adalah cara terbaik untuk diri sendiri.

“Saya beri fokus kepada @leanbyfa selama enam bulan, ejen pun kawan-kawan terdekat sahaja, marketing pun ala kadar. Fa (Fatin) la bos, Fa la kuli. Tapi keputusan yang saya dapat…Masha-Allah! Terima kasih semua,” jelasnya.

Fatin juga ada menitipkan pesanan buat wanita agar sentiasa berusaha membina kerjaya dan impian sendiri tanpa berharap pada sesiapa.

“Wanita…Anda perlu ada impian sendiri dan paling pening kerjaya. Bina impian anda sendiri. Jangan harap “Daddy-kasi” saja, nanti ada orang buat konten,” pesannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Fatin Afeefa itu, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelakon itu serta kagum dengan usaha kerasnya.

Sumber: Instagram fatinafeefa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Jun 2018

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya.

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Deepika Padukone is Kuala Lumpur!

If you’re lucky, try and take a get a selfie with the superstar.

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada jam 10.40 pagi tadi. Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa […]

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Selepas 23 Tahun…Mark Adam Tunai Janji!

Syukur Alhamdulillah Ya Allah…

Featured Fri, 27 Oct 2023

Gayakan Costume Bunny Seksi Nampak Dada, Netizen Kecam Leona

Fuh, Panasssssss🔥🔥🔥 Leona ni pakai apapun lawa kan?😎😎😎

error: Content is protected !!