Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 21, 2020 @ 10:54am

Kerajaan Sedang Teliti Cadangan Untuk Beri Bantuan Selepas Tempoh Moratorium

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjelaskan kemungkinan untuk bank tempatan memberikan lanjutan moratorium atau penangguhan bayaran balik, selepas September masih dalam perbincangan.

Beberapa jenis pendekatan sedang diteliti dengan bank tempatan untuk membantu golongan sasar, selepas tempoh moratorium pinjaman bank berakhir September ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan dan bank tempatan kini meneliti langkah seterusnya untuk merangka inisiatif atau bantuan fiskal secara lebih bersasar.

“Satu contoh ialah dengan memanjangkan tempoh bayaran, sekali gus mengurangkan jumlah ansuran bulanan, satu lagi contoh, ubah terma dan syarat dan kurangkan kadar faedah.

“Kita juga teliti pemberian pelepasan lain sehingga peminjam stabil, cuma sekarang kita galakkan semua peminjam untuk berjumpa dengan bank atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), selain mendapatkan nasihat mengenai skim penyelesaian pinjaman kecil,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Tak Mahu Jawatan, KJ Nak Rehat

Bagaimanapun beliau akan hadir ke sidang Parlimen selepas ini. Katanya ‘ Itu memang kena hadir mana boleh tidak hadir’.

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

XTRA XSTAR 2025 semakin mendebarkan! Siapakah 5 finalis bakal berentap di pentas akhir?

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Events Tue, 29 Mar 2022

72 Lokasi Bazar Ramadan Mula Beroperasi Ahad Ini

Alhamdulillah, ada yang rindu nak pegi bazar ramadan?

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!