Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 24, 2020 @ 2:40pm

Lelaki Pakai Gelang Kuarantin Dikompaun RM1,000

Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di  Ayer Tawar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki itu didapati memakai gelang tangan merah jambu di bawah perintah kuarantin COVID-19.

”Pemeriksaan pada gelang dipakainya mendapati kuarantin ke atasnya bermula pada 18 Julai lepas hingga 1 Ogos ini selepas pulang dari Singapura.

”Dia dapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nor Omar meminta orang ramai memaklumkan kepada polis sekiranya ada individu yang memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

Trending Thu, 17 Aug 2023
Selebriti Wed, 29 Nov 2023
Trending Sun, 8 May 2022
error: Content is protected !!