Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 30, 2020 @ 12:33pm

Perlis Laksana Solat Aidiladha Dua Sesi, Elak Penularan Covid-19

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan berkata, kedua-dua sesi terbabit akan dilakukan dengan sesi pertama bermula pada jam 8 pagi manakala sesi kedua jam 9 pagi.

Bagi masjid yang terpilih sahaja

Solat sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan secara dua sesi pada masjid yang terpilih di Perlis iaitu pada Hari Raya Aidiladha bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19.

Langkah ini diambil selepas menerima perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai langkah penjagaan keselamatan ketika pelaksanaan Solat Aidiladha terutamanya pada fasa PKPP.

” Masjid mestilah mengambil kira faktor kepadatan penduduk, keadaan cuaca semasa dan pelaksanaan penjarakan sosial satu meter mengikut keluasan masjid sekiranya memutuskan untuk melaksanakan dua sesi solat Aidiladha.

” Bagaimanapun, Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar dibenarkan untuk menyelenggarakan Solat Aidiladha dalam tiga sesi berdasarkan keadaan semasa”

Sesi pertama hanya terdiri daripada…

Sesi pertama Solat Aidiladha akan bermula pada jam 8 pagi dan pada sesi ini keutamaan diberikan kepada pegawai masjid, Ahli Jawatankuasa Kariah, peserta ibadah korban, Ahli Jawatankuasa ibadah korban dan petugas ibadah korban bagi kariah sahaja.

Selain itu ia dapat memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas bersama dua pengiring mereka.

Manakala bagi sesi kedua pula, ianya akan bermula pada jam 9 pagi, dan jemaah di sesi pertama mestilah bersurai sebelum jam 8.45 pagi bagi memberi laluan kepada jemaah sesi kedua.

Surau ditutup

Bagaimanapun, surau di negeri itu perlu ditutup memandangkan pelaksanaan solat Aidiladha hanya tertumpu di masjid sahaja.

” Imam dan khatib yang bertugas hendaklah terdiri daripada Imam atau Pegawai Masjid bagi satu-satu kariah sahaja

“Sekiranya wujud kekurangan pegawai masjid dalam kariah, permohonan hendaklah dimajukan segera ke Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs supaya pihak JAIPs dapat mengutuskan imam litar untuk bertugas,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Nas-T Sandang Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor

Nas T berguru dengan Datuk Rosyam Nor bawa watak antagonis

Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Trending Sat, 22 Dec 2018

45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

error: Content is protected !!