Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul August 4, 2020 @ 1:00pm

Penutupan Semula Semua Sekolah Sedang Dalam Perbincangan – Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasardi empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 31 Dec 2023

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Alhamdulillah, dah sedar. Semoga suami terus sihat seperti sedia kala…Amin🤲🏻

Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Featured Thu, 18 Dec 2025

“Saya Hanya Tunggu Perkataan ‘Maaf'” – Konflik Atu & Sharif Zero Belum Selesai, Isu Duit & Masalah Peribadi Jadi Punca Gaduh

Konflik dalaman membabitkan anggota Kumpulan Zero iaitu Atu dan Sharif masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun hampir lebih dua tahun berlarutan.

Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1

Que Haidar bercerai talak satu dengan Linda Jasmine 2 Julai lalu.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Negeri Selangor Larang Adakan Kenduri Kahwin

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri kahwin  atau majlis keramaian di negeri itu, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara berhubungan dengan […]

Trending Mon, 2 Aug 2021

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Siapa yang belum dapat vaksin tu, boleh walk-in je okay!

error: Content is protected !!