Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd August 10, 2020 @ 10:41am

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Pada bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk melanjutkan moratorium dan bantuan bank Bersasar kepada tiga golongan istimewa.

Baca artikel berkaitan: Lanjutan Moratorium Bank Bersasar Untuk 3 Bulan Buat Golongan Ini..

Terbaru, Bank Rakyat mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan kepada pelanggan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium secara automatik tamat 30 September ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan tersebut adalah khusus kepada mereka yang diberhentikan kerja pada tahun ini, mereka yang belum mendapat pekerjaan baru dan mereka yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan sehingga Disember 2020.

Tawar bantuan bersasar buat PKS

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan buat individu yang bekerja sendiri dan mereka yang mengusahakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

Cara mohon lanjutan moratorium

Bagi pemegang kad yang menunjukkan tanda kesukaran pembayaran (tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut), Bank Rakyat secara automatik akan mengubah jumlah tersebut menjadi ansuran selama 36 bulan.

Bagi pemegang kad bukan dari kategori ini, anda boleh memohon untuk menukar baki kad kredit anda kepada pembiayaan berjangka dengan:

1. Hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880

2. Emailkan permintaan anda kepada [email protected]

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pihak bank menerusi e-mel ke [email protected] dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Watie Hanifiah titip ucapan buat Shuib sempena ulang tahunnya

error: Content is protected !!