Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd September 2, 2020 @ 4:07pm

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga 6 September

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan itu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Proses rayuan boleh dibuat melalui Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau secara dalam talian bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu saja.

“Sila layari pautan bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lanjut,” katanya ketika menyampaikan Laporan LAKSANA Ke-19 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Tengku Zafrul berkata, seramai 4.18 juta penerima BSH telah berjaya menerima bayaran RM2.7 bilion yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Beliau berkata, bagi penerima BSH yang ‘gagal kredit’ atau bayaran tidak dapat disalurkan ke dalam akaun bank, mereka boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Baca artikel berkaitan :Cara Mohon Rayuan BSH Fasa Ketiga Secara Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Events Sat, 26 Nov 2022

Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, baru-baru ini. Menurut Marsha, ketika menyanyikan lagu Kembali Terang […]

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Kita Dengan Sesiapa Pun Boleh Bergaduh” – Salah Faham Tamat, Aaron Aziz & Sharnaaz Ahmad Berdamai 

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas kedua-duanya tampil dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Featured Tue, 27 Dec 2022
error: Content is protected !!