Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd September 7, 2020 @ 2:34pm

KWSP Lanjut Tarikh Bayar Caruman Kepada 30 Disember

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 September kepada 30 Disember 2020.

KWSP sebelum ini sudah melanjutkan tarikh bayaran caruman terbabit bagi April hingga Ogos 2020, dengan tujuan meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19.

KWSP menerusi satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk meneruskan fleksibiliti ini adalah sejajar dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

“Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020

Mayat Pelajar Lelaki Lemas Akhirnya Ditemui Terapung

Alhamdulillah jasad telahpun ditemui

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Bangkit & Lawan!” – Nam Ron Pertahan Que Haidar, Rayu Jangan Menghilang Lagi

Nam Ron turut menitipkan kata-kata semangat agar Que terus kuat berdepan cabaran dan tidak lagi menghilang daripada industri.

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Rossa Jawab Tuduhan Didakwa ‘Perosak’ Rumah Tangga YouTuber Indonesia – “Chill, Saya Suka Yang…” 

Alamak, tak ada angin tak ada ribut nama Rossa dipetik perosak rumah tangga?

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Sein Qudsi Tak Halang Influencer Jadi Aktor, Nasihat Dalami Ilmu Lakonan – “Jangan Harap Populariti Semata-Mata”

Sein yang juga aktif mengarah melihat kemunculan ramai pempengaruh dalam industri lakonan sebagai satu perkembangan yang sihat.

Featured Wed, 12 Oct 2022
error: Content is protected !!