Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 8, 2020 @ 11:12am

Kes Covid-19 Dalam Negara Makin Melonjak Tinggi

KKM memaklumkan satu kluster baharu iaitu kes indeks ke 9,455 membabitkan kluster Sungai yang dikenalpasti di Kedah.

Kluster Sungai membabitkan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah ini dikesan mula bergejala sejak 30 Ogos lalu tetapi tidak mendapat rawatan.

Namun, ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kluster kedua juga babitkan anggota kesihatan

Bagaimanapun, kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,456 adalah anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Dan, beliau juga dikesan sebagai kontak rapat kepada kes indeks.

Beliau mula bergejala sejak 5 September lepas dan turut mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama.

Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan beliau didapati positif. Kedua-dua kes ini telahpun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang disaring. Daripada jumlah tersebut, dua kes dikesan positif Covid-19 dan 55 individu masih menunggu keputusan ujian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jul 2024

Alami Serangan Jantung, Bapa Azharina Meninggal Dunia

Penyanyi Azharina berkongsi berita duka apabila memaklumkan ayahnya, Azhar M. Y Ahmad menghembuskan nafas terkahir pada jam 1.59 tengah hari tadi. Menurut Azharina, arwah bapanya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah. […]

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Trending Mon, 21 Dec 2020
Featured Thu, 18 May 2023
error: Content is protected !!