Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 21, 2020 @ 1:17pm

Rakyat Malaysia Siap Sedia Jalani Kehidupan Versi Norma Baharu

Walaupun kedatangan tahun 2020 tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya dek kerana penularan wabak Covid-19 namun, itu bukanlah penghalang buat seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan hidup dalam edisi norma baharu.

Terutamanya, dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Petugas barisan hadapan bersemangat menjalankan tugas dalam suasana norma baharu – Foto Harian Metro

Hidup dalam norma baharu, tidak membebankan!

Teoh Jee Wing, 67 – Foto Harian Metro

Menurut Teoh Jee Wing, 67 berkata norma baharu tidak membebankan, sebaliknya memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. 

“Sejujurnya sejak PKP diperkenalkan, saya dan keluarga lebih sihat dan jarang terkena sakit. Jika hendak dibandingkan sebelum ini, dalam tempoh sebulan mesti kena ke klinik. Saya yakin semua ini berkat amalan norma baharu.”

“Kami jadi lebih peka mengenai kebersihan diri dan anak-anak juga ambil peranan untuk saling mengingatkan seperti wajib pakai pelitup muka serta guna cecair pembasmi kuman,” katanya.

Patuh SOP!

Halim Irshad, 57 menggunakan aplikasi MySejahtera di masjid – Foto Harian Metro

Halim Irshad, 57 ketika ditemui di Masjid Al-Hijrah, Kota Kemuning Shah Alam mengakui bahawa, walaupun beliau terpaksa beratur  panjang untuk pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke masjid, beliau sama sekali tidak mengeluh.

Malah, semua jemaah yang hadir tidak kiralah disuarau m ahupun masjid sedia mengamalkan penjarakan fizikal tanpa perlu diarah oleh pegawai yang bertugas.

Dan, ini sekaligus membuktikan masyarakat menerima baik SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam membanteras penularan Covid-19.

Lebih proaktif & kreatif

Muhammad Hafiz (kiri) dan Hasif Afiq (kanan) pemilik HasifHafiz Boutique – Foto Harian Metro

Sebagai pemilik butik fesyen dan perkahwinan, kedua-dua anak muda ini nampaknya tidak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka berdepan cabaran dalam menguruskan perniagaan.

Hasif Afiq Hassan, 27 dan Muhammad Hafiz, 29 mengakui, sejak PKP dilaksanakan perniagaan mereka tidak dapat beroperasi dan ini sekaligus memberi kesan kepada pendapatan mereka.

Justeru itu, kedua-dua anak muda ini perlu lebih bersikap proaktif dan kreatif terutamanya dalam memasarkan produk mereka.

“Platform atas talian termasuk sosial media menjadi medium baharu untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan sepanjang tempoh kuarantin,”

Hasif Afiq – Pemilik HasifHafiz Boutique

Mencabar tetapi seronok

Pasangan pengantin Muhammad Syarafuddin (kiri) dan Safiah Nawawi (kanan) melangsungkan pernikahan semasa PKP – Foto Nor Asyilah

Itu apa yang dapat dikongsikan oleh Nor Asyilah Nor Firzan, 28 yang juga merupakan jurugambar sepenuh masa.

Menurutnya, kerjaya sebagai seorang jurugambar terutamanya dalam norma baharu ini pastinya mempunyai cabaran tersendiri. Namun, beliau mengambil inisiatif untuk membantu tuan rumah atau keluarga pengantin bagi memastikan tetamu mengikut SOP yang ditetapkan.

“Memang mencabar juga bila ada sesetengah tetamu tak mahu beri kerjasama, tetapi lama kelamaan saya jadi terbiasa dan seronok,” katanya.

Nor Asyilah juga berharap agar semua pihak memainkan peranan penting dalam membanteras penularan wabak Covid-19 terutamanya di Malaysia.

Patuhi amalan 3W

Amirul bin Hamzah, 31 – Foto Harian Metro

Bagi Amirul Hamzah, 31, amalan norma baharu seperti 3W iaitu, cuci (wash), pakai (wear) dan amaran (warn) sudah sebati dalam kehidupan seharian. 

“Kalau ada orang tak pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, semua orang akan pandang serong. Sekarang, tak patuh norma baharu itu lebih pelik,” katanya.

Tambahnya lagi, amalan norma baharu wajar diteruskan untuk tempoh yang lebih lama agar masyarakat lebih peka dan bertamadun dalam menjalani kehidupan seharian.

Kita semua adalah ‘frontliner‘

Pada hari ini, kita dapat lihat bagaimana semangat pembudayaan norma baharu di Malaysia dipraktikkan.

Ini kerana, masyarakat Malaysia pada hari ini dilihat begitu komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai ‘frontliner’.

Justeru itu, walau siapa pun kita, tanggungjawab dalam membanteras Covid-19 adalah usaha bersama. #KitaJagaKita.

Jom jadikan norma baharu lebih seronok!  Jangan mengeluh dan bersedih kerana kita pasti menang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Luqman Hafidz Buat Debut Sebagai Pengarah, Angkat Sisi Spiritual Dalam Filem Seram Keramat Gunung Jerai

Luqman Hafidz melakar satu lagi pencapaian dalam karier seni apabila buat pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah menerusi filem psikologi seram, Keramat Gunung Jerai.

Featured Thu, 25 Sep 2025

Mengaku Khilaf, Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Pada Netizen… Ardell Aryana Siap Pujuk Minta Suami Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa memohon maaf atas kekhilafannya berkata kasar

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“She Is Not An Object, She Is My Child!” – Fazura Luah Rasa Kecewa

Fazura mengakui dia pertama kali melihat video tersebut yang tersebar di media sosial

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

“Buang Masa Kalau Saya Perlu Bersedih Hanya Kerana…..” – Aina Abdul Dedah Mesej Dari Noh Salleh Suntik Semangat

Aina Abdul mahu menulis lagu yang beri impak kepada pendengar, tak hirau soal carta

Hiburan Wed, 15 Mar 2023
Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!