Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 15, 2023 @ 2:29am

Uyaina Arshad Tepis Spekulasi Hamil Anak Kedua

Pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, 31, menepis spekulasi hamil anak kedua.

Menurut pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sering ditanya soalan berkaitan kehamilan sejak kebelakangan ini.

“Soalan mengenai kehamilan ini sudah saya terima beberapa kali juga, ada orang bertanya kepada saya. Lebih-lebih lagi, bila ada selebriti lain yang sedang berbadan dua, jadi orang turut bertanya kepada saya.

“Jika ada berita baik, sudah semestinya saya akan kongsikan kepada semua. Sama seperti kehamilan pertama dahulu. Jika ada khabar gembira, pasti saya akan ceritakan tetapi buat masa ini, memang saya tidak hamil, belum lagi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Baru sahaja menimang anak pertama, Raja Urhan hasil perkahwinan dengan penyanyi Raja Syahiran pada September 2022, juara Nona Manis ini mengaku jadual kerjayanya agak padat.

“Boleh dikatakan merancang juga. Cahaya mata pertama saya baru berusia enam bulan dan jadual seni saya kini boleh dikatakan agak padat biarpun sekarang saya belum menerima tawaran lakonan.

“Saya masih menapis tawaran dan skrip yang dirasakan berbaloi, dari segi masa, dari segi tenaga sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

“Saya mahukan sesuatu yang berbaloi untuk saya melangkah semula ke set penggambaran dan menghabiskan masa yang lama di sana.

“Saya tak nak buat sesuatu yang hanya dapat penat sahaja, jadi ada baiknya jika saya menerima tawaran yang benar-benar menguji bakat lakonan saya,” katanya.

Uyaina ditemui pada majlis pertunjukan fesyen jenama pakaian wanita Ariani, Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.

Dipilih menjadi wajah kepada Ariani untuk tahun ketiga, Uyaina gembira menjalin kerjasama dengan jenama kegemaran ramai itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Syukur Alhamdulillah, ini merupakan kali ketiga kerjasama antara kami terjalin. Sangat senang bekerjasama dengan mereka kerana semuanya dipermudahkan.

“Jika sebelum ini semua aktiviti terbatas akibat pandemik, jenama ini kembali mengadakan pertunjukan fesyen sempena sambutan Ramadan dan Syawal yang menjelang tiba selepas empat tahun menyepi,” katanya lagi.

Selain Uyaina, Datin Lisa Surihani dan Bella Dally juga turut dilantik sebagai duta jenama itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Apr 2018

民间晚上禁忌:半夜10件不要做的事

晚上11点到凌晨1点是一天中阴气最重的时刻,在古人的神鬼传说中是鬼魂出没的时间。相信不少人都被长辈提醒这半夜10件不要做的事!比如不能照镜子,不能吹口哨等,加上听到的一些灵异故事,越发的让人觉得可怕。

Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] Covid-19 Bakal Ancam Populasi Dunia – Profesor Gabriel Leung

Semoga penyebaran virus ini menemui penawarnya

Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Janna Nick nafi gelar Fazura perempuan gila, minta netizen jangan membabi buta

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana.

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

1119, Meer Nash, Aniez & Zac Zac Meriahkan Syawal Dengan ‘Goyang Raya’

Goyang Raya merupakan kolaborasi antara 1119, Meer Nash, Aniez & Zac Zac.

error: Content is protected !!