Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 18, 2020 @ 4:19pm

Lebih 600 Petugas Kesihatan Di Malaysia Dijangkiti Covid-19 – Menteri Kesihatan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, lebih dari 600 petugas kesihatan Malaysia telah dijangkiti wabak ini sejak Februari sehingga hari ini.

Dan, daripada jumlah tersebut seramai 406 orang petugas di hospital kerajaan manakala, 194 orang lagi merupakan petugas di hospital swasta dan hospitaluniversiti.

Talian sokongan buat petugas yang dijangkiti

Tambahnya lagi, bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan untuk kembali lebih bersemangat, mereka menyediakan talian sokongan psikososial melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Mereka yang terkesan dengan kes berkaitan psikososial, selain bertemu pakar psikiatri, kami juga akan terus merawat mereka dan tidak membenarkan lagi mereka merawat pesakit Covid-19” katanya.

Petugas turut alami tekanan

Dr Adham juga turut mengakui, antara isu diketengahkan petugas kementerian melalui talian sokongan psikososial ialah tekanan kerana berjauhan dengan keluarga, terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ketat, keletihan dan isu berkaitan tuntutan bayaran elaun khas Covid-19.

Sementara itu sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020 pula, tiga bangunan dan dua jambatan di Putrajaya diterangi cahaya lampu jingga selama empat hari, bermula 17 September 2020 sebagai simbol solidariti dan komitmen terhadap keselamatan pesakit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Panggung, Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

MAY, Sofea, Bloodshed & Ramai Lagi Himpun Peminat Dalam ‘Rock Car Park 2026’

Konsert Rock Car Park bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 9 Mei 2026!

Replicated Draft Thu, 3 Aug 2023

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

“Gunakan tanpa was-was” Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan, ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada […]

Kisah Viral Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!