Featured By: Ad Ops January 10, 2018 @ 12:27pm

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita.

Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada diri sendiri dari segi kesihatan mental. Kami nyatakan 10 sebab kenapa:

  1. Keyakinan bila berdepan situasi tak diduga

Ada ketika semasa bercuti, kita akan berhadapan dengan situasi yang tak terjangka. Mahu atau tidak solusi paling efektif diperlukan dalam masa singkat, menjadikan kita lebih bersedia dan yakin di masa depan.

  1. Sebarkan kebahagiaan

Layanan mesra masyarakat tempatan kepada pelancong, senyuman manis di mana sahaja destinasi tumpuan pelancong dan tindak-tanduk menyenangkan semestinya akan menjadi kenangan manis buat mereka yang melihat dunia.

  1. Lebih menghargai keluarga dan rumah

Berjauhan daripada keluarga, teman rapat dan rumah membuatkan kita lebih menghargai ketiga-tiga aspek penting kehidupan ini. Bak kata pujangga ‘Absence makes the heart grow fonder’, pengalaman travel menjadikan kita lebih bersyukur dengan asal-usul sendiri.

  1. Menjalin persahabatan baru

Mengenali kawan baru ketika travel lebih senang apalagi jika berkelana berseorangan. Tuntutan untuk ke sana ke mari di tempat asing memerlukan interaksi dengan masyarakat tempatan sekaligus mencipta bibit persahabatan baru.

  1. Detox dari media sosial

Dengan liputan terhad dari Internet, sesekali bagus juga berehat daripada berkepit dengan gajet. Nikmatilah setiap detik berharga ketika melancong untuk meneliti setiap lokasi menarik dan budaya tempatan yang nyata berbeza dengan tanah air.

  1. Mendapat ‘me’ time

Travel juga memberi ruang dan masa untuk diri sendiri setelah bertungkus-lumus seharian di tempat kerja. Dos ‘me’ time melegakan tekanan dan stress dan memberi tempoh bertenang untuk dipraktikkan di rumah kelak.

  1. Belajarlah di mana sahaja

Belajar masak makanan Thai atau belajar bercakap bahasa asing, travel memberi anda lebih sebab untuk meneroka potensi diri dengan lebih mendalam. Belajar membuat otak kita bekerja lebih aktif lalu meningkatkan tahap kegembiraan.

  1. Jadi lebih menarik

Travel mencetuskan banyak cerita-cerita lucu, pelik dan tidak dapat dilupakan, yang membuatkan anda punya 1001 kenangan untuk diceritakan semula di masa depan. Buat orang tergelak adalah cara senang untuk meningkatkan keyakinan diri, jadi bertahanlah dengan kenangan lucu ketika bercuti anda itu.

  1. Pengalaman baru jadi kenangan

Untuk kebanyakan orang, bercuti bermakna semuanya tentang pengalaman baru. Setelah bertahun-tahun, melihat kembali gambar di Instagram, pastinya rasa bersyukur hadir kerana telah sampai di sesuatu tempat yang indah bersama teman atau yang tersayang.

  1. Manfaat jangka masa panjang

Selain membuatkan anda gembira dalam jangka masa pendek, travel juga akan membuat anda lebih bersyukur, relaks dan bahagia dalam jangka masa panjang. Memori dan skill diperoleh seperti keyakinan, minda terbuka dan kawan-kawan dan perspektif lebih luas, inilah yang membuatkan manusia ‘ketagih’ untuk terus travel.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 15 Jan 2018

Suplemen Kolagen. Selamat Atau Tidak?

Suplemen berkolagen kini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita lebih-lebih lagi ia dikatakan mampu mencantikkan, mencerahkan serta mengembalikan keanjalan kulit. Namun, tahukah anda pengambilan produk kolagen dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan terhadap […]

Featured Thu, 7 Apr 2022

#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Setelah empat tahun, Still Life memang cukup rasa

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Featured Fri, 29 Mar 2024
Featured Thu, 10 Mar 2022
Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang […]

Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya