Trending By: Ad Ops January 19, 2018 @ 10:52am

Jom Ubah Stail!

Bagaimana stail atau imej anda sekarang? Adakah mengikut trend semasa atau tidak pernah berubah sejak bertahun lalu?

Jika masih dengan imej lama, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada imej baru. Mungkin tidak secara keseluruhan, tetapi boleh lakukan secara berperingkat.

Jom semak tip berikut untuk ubah imej!

1) Buat research

Buat sedikit penyelidikan mengenai dunia fesyen seperti membaca majalah-majalah fesyen antarabangsa. Jika anda lebih tahu mengenai trend fesyen Asia, luaskan pengetahuan dengan trend-trend fesyen di barat pula. Buat catatan mengenai trend-trend yang dijangka akan menjadi ‘hot’. Tonton juga program fesyen di televisyen yang memaparkan trend terkini dan akan datang.

2) Padanan aksesori sesuai

Apa yang perlu anda buat adalah pakai atau padankan aksesori yang boleh menampilkan gaya yang ditampilkan. Mungkin pilihan kasut atau gaya rambut. Dapatkan ilham gaya rambut ‘cool’ dengan menonton filem, memilih kaca mata gelap sesuai dengan filem atau membaca majalah. Hanya dengan sedikit aksesori tertentu memudahkan kamu membuat padanan.

3) Bijak aplikasikannya

Anda perlu tahu bagaimana cara untuk mengaplikasikan trend fesyen mengikut gaya sendiri. Tetapi perlu diingat, jangan pula kamu jadi seperti ‘mannequin’. Jika trend fesyen akan datang bakal menampilkan inspirasi gaya militari misalnya, jangan pula head to toe berpakaian macam tentera sedang bertugas.

4) Pakainya dengan yakin

Sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan dan selesa dengan apa yang dipakai, ini bermakna penampilan anda juga tidak menarik. Dalam usaha anda untuk menjadi perhatian dan mengekalkan kehebatan penampilan, kamu sewajarnya mempunyai keyakinan diri. Ingat! Sarungkan pakaian atau aksesori dengan rasa bangga dan bergaya.

5) Fahami kitaran fesyen

Setiap gaya dan trend sentiasa berubah dan akan mengalami proses kitaran. Trend sekarang mungkin akan muncul lagi untuk beberapa tahun akan datang. Contohnya, kamu boleh menukar pakaian sekarang kepada yang baru atau mungkin kamu tidak mahu memakainya lagi. Tetapi jangan sesekali buang atau tidak menggunakan aksesori yang ada hanya kerana ia ‘so last year’. Ingat! barangan atau aksesori biasanya sentiasa ‘in’ di dalam trend fesyen. 

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Aug 2018

云南16岁少女「天生3鼻孔」16年来只能靠嘴巴呼吸

呼吸,是每一分每一秒都在做的寻常动作,但对中国云南一位少女来说,她竟在16岁时,才靠鼻腔吸到第一口氧气。

Trending Sat, 1 May 2021

Kamera Hadapan 44MP Dengan OIS, vivo V21 Hasilkan Imej Bertaraf Profesional… Lengkap Dengan Ciri Autofokus Serta Visi Malam Yang Canggih!

Mencari telefon pintar yang dapat merakamkan swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua? Siri vivo V21 yang terbaharu adalah jawapan untuk pencarian anda! Membawakan kamera hadapan 44MP […]

Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Netizen Kritik Vokal Sumbang, Hazami Akui Hilang Fokus – “Saya Anggap Tribute Untuk Adibah Noor”

Alahai, sebaknya 🥺 Bukan vokal yang diutamakan, yang penting penyampaian lagu tu sampai pada semua pendengar 🥺

Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Thu, 10 Feb 2022
Trending Thu, 5 Mar 2020

[TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Disebabkan wabak Covid-19, orang pertikaikan sama ada betulkah hand sanitizer pilihan terbaik untuk mencegah dan membunuh virus tersebut?