Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 22, 2018 @ 8:22am

Endometriosis

Setiap kali kedatangan haid, pasti ada segelintir wanita yang mengalami masalah senggugut yang sangat teruk. Namun, kebanyakan wanita hanya menganggap ia adalah satu rutin atau menjadi kelaziman setiap kali kedatangan haid.

Faktor kurangnya ilmu tentang apa itu endometriosis juga membuatkan mereka hanya menahan kesakitan dan menganggap ia perkara biasa. Namun, tahukah anda masalah senggugut juga mungkin menjadi antara punca anda mengalami masalah endometriosis.

Menurut panel jemputan program Wanita Hari Ini, Prof Dr. Lim Pei Shan yang merupakan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz PPUKM, endometriosis juga boleh menyebabkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil. Tambah Dr. Lim lagi, agak sukar untuk mengetahui punca sebenar gejala ini kerana terlalu banyak teori yang dibuat. Namun, teori yang senang difahami ialah apabila seseorang wanita itu datang haid pada setiap bulan, darah tersebut akan keluar melalui faraj.

Wanita juga mempunyai tiub falapio yang disambung ke dalam perut. Ada sebahagian besar darah akan terus turun ke faraj, namun ada sebahagian kecil akan melalui tiub falapio dan masuk ke dalam perut. Sel selaput darah dari dinding rahim ini kemudiannya akan melekat dalam perut. Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah, ada satu ‘cleaner’ yang akan membersihkan sel darah tersebut.

Namun, untuk sebahagian wanita yang tidak dapat menghilangkan sel ini, ia akan membuatkan sel ini semakin membesar dan darah itu akan membuatkan iritasi. Dalam kes ini, 20-25% tidak menunjukkan sebarang simptom dan hanya dapat dikesan setelah membuat pemeriksaan perubatan. Rawatan juga bergantung kepada apa masalah yang dihadapi oleh wanita itu. Jika sakit sahaja, doktor hanya akan fokus pada kesakitan itu dan memberi ubat tahan sakit.

Jika wanita itu mahu mengandung, doktor akan fokus pada cara-cara agar wanita itu dapat mengandung. Setiap wanita perlu tahu, pengambilan ubat tahan sakit tidak akan memberhentikan penyakit ini. Malah, selalu mengambil ubat tahan sakit yang kuat boleh mengakibatkan sakit gastrik atau lebih teruk boleh menjejaskan buah pinggang.

Menurut Dr. Lim, endometriosis boleh dirawat dengan membuat pembedahan melalui laparoscopic. Walau bagaimanapun, risiko penyakit ini berulang akan ada selagi seseorang wanita itu masih datang haid.

Menerusi siaran WHI episod ini, pasangan Fizo Omar dan isteri, Mawar Abdul Karim juga dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka tentang endometriosis. Mawar memberitahu dia mengalami masalah senggugut sebelum berkahwin lagi, namun menganggap ia perkara biasa. Pada tahun kedua perkahwinan, dia melakukan pemeriksaan doktor dan hasil imbasan mendapati dia mempunyai cyst sebesar 4 dan 6 sentimeter.

Selepas membuang cyst, akhirnya Mawar disahkan hamil. Fizo turut memberi nasihat kepada para suami supaya mengambil tahu tentang apa itu endometriosis. Jangan hanya menganggap isteri mengada-ngada kerana setiap bulan akan selalu sakit kerana masalah senggugut. Fizo turut menyarankan kepada suami supaya cepat membawa isteri berjumpa dengan doktor jika selalu melihat isteri mengalami masalah senggugut. Apa yang penting, jangan stress dan terus berusaha jika masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi.

Sumber : Aplikasi Wanita 

Muat turun secara percuma di :

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid 

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 May 2026

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

Featured Mon, 19 Jul 2021

Kelonggaran Pergerakan & SOP Diumum Selepas Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. “Kita akan beri kelonggaran (individu […]

Featured Sat, 24 Dec 2022

Menari Di TikTok Dengan Baju Seksi, Nadia Brian Diserang Komen Nakal

Tidak serik dikecam netizen kerana berpakaian seksi, pelakon Nadia Brian sekali lagi mengundang komen nakal di media sosial setelah berjoget menggunakan pakaian yang mencolok mata. @nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva 😍❤️ #NadiaBrian ♬ Calm […]

Featured Mon, 5 Aug 2024

Hasrat Arwah Jay Jay Beli Kereta Baru Tak Kesampaian, Sempat Serah Tanggungjawab Jaga Isteri Pada Anak

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Al-Fatihah🥀

Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

3 Menu Si Manja Berasaskan Avocado Yang Penuh Berkhasiat

Avokado mengandungi serat makanan yang baik untuk kesihatan usus.

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Thu, 12 Aug 2021

Kes Kematian Wanita Hamil Naik Mendadak, Dr Hisham Minta Golongan Ini Segera Divaksin

Berikutan peningkatan kes kematian dan jangkitan teruk yang melibatkan wanita hamil telah meningkat secara mendadak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyeru semua ibu hamil untuk mengambil vaksin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham […]

error: Content is protected !!